GM6 Society Malaysia telah menyambut ulang tahun ke-4 kelab pada 7 & 8 September yang lalu di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Kira-kira 250 buah Honda City dengan 400 orang ahli bersama keluarga masing-masing, telah mengambil bahagian dalam acara ini.
Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang acara berlangsung. Antaranya sukaneka pantai, majlis makan malam, cabutan bertuah, tontonan video ulang tahun kelab, sesi bergambar, serta soal jawab bersama admin kelab. Ia disusuli dengan pertunjukan bunga api sebagai penutup kepada majlis sambutan kali ini.
Bersesuaian dengan moto ‘We Are Society, We Are Family’ penganjuran acara ini diharap akan memupuk semangat kerjasama yang erat, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama di kalangan ahli-ahli kelab.