Sudah setahun sejak kali pertama prototaip Honda Civic Type R menyapa dan Honda telah pun menyiarkan kempen teaser selama enam bulan penuh. Kini, satu lagi teaser telah disiarkan dan agak berbeza dengan yang awal-awal dahulu. Selepas hujan berhenti, nantikan tarikh pada 20 Julai ini untuk ‘penampilan’ perdana yang bakal disiarkan di seluruh dunia.
Pada tarikh yang sama, Honda akhirnya menanggalkan pelekat camouflage dan menampilkan Civic Type R baharu kepada dunia. Tarikh 20 Julai ini pastinya menjadi detik paling bersejarah khususnya kepada para pencinta dan pengikut tegar Honda sendiri.
Apa yang boleh dijangkakan sebaik sahaja pelekat ini ditanggalkan? Civic Type R ini masih lagi kekal sebagai jentera FWD (front-wheel-drive) seperti yang disahkan oleh Honda sendiri ketika mencatatkan rekod di litar Suzuka pada April lalu.
Ia mencatatkan sesaat lebih pantas berbanding pemegang rekod terdahulu yang kebetulan merupakan Civic Type R yang ada sekarang. Justeru, boleh dikatakan yang tiada perubahan kuasa pada bahagian enjin seperti pernah katakan sebelum ini (khabar angin tentang 400hp) dan ternyata ia tidak benar.
Menurut laporan Motor1, sebanyak lima warna eksterior telah ‘dibocorkan’ minggu lepas untuk warna Type R yang baharu; hitam, putih, kelabu, merah dan biru tetapi Phoenix Yellow tiada dalam senarai. Adakah warna ikonik Type R boleh dijadualkan untuk model edisi istimewa pada masa hadapan?
Civic generasi ke-11 merupakan evolusi konservatif dari model sebelumnya yang berulang-ulang. Mungkin rekaan yang sama juga untuk Type R ini. Fascia hadapan dan saluran serta sayap besar di belakang masih dikekalkan seperti yang dapat dilihat dari prototaip yang ditutup camouflage. Apa-apa pun, nantikan penampilan sebenarnya pada 20 Julai ini!
Sumber : Motor1