Pembekal enjin Honda meninggalkan Formula 1 secara teknikalnya pada penghujung musim lalu tetapi Red Bull Racing akan tetap menggunakan teknologi tersebut sehingga akhir tahun 2025. Sementara itu, RB18 berada di kedudukan pertama dan kedua selepas 10 tahun perlumbaan dengan Max Verstappen mendahului Sergio Perez dengan 34 mata. Apabila beliau tidak memandu R18 di atas trek, juara F1 ini lebih gemar memandu Honda E comel ini di tengah-tengah hutan konkrit metropolitan!
Versi eksklusif istimewa terbaharu di Eropah ini disokong oleh pemandu berusia 24 tahun ini. Dikenali sebagai Limited Edition (Edisi Terhad), Honda comel ini didatangkan dengan kemasas warna Premium Crystal Merah yang sukar ditemui pada mana-mana model biasa. Selain itu, ia juga mempunyai aksen badan kereta berwarna hitam untuk kesan kontras termasuk lencana gelap yang ada di bahagian depan dan belakang. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan rim aloi hitam unik bersaiz 17 inci.
Sebelum memenangi Emilia Romagna Grand Prix 2022 di pertengahan April lalu, Max Verstappen memandu Honda E Limited Edition ini berhampiran Dozza. Jelas sekali, beliau hanya ada komen positif untuk diperkatakan tentang model elektrik ini. Menurut beliau, Honda E Limited Edition ini sangat comel. Penampilan yang lebih bergaya dengan rekaan kompak dan seronok dipandu. Sebuah kenderaan urban yang memang hebat!
Berasaskan level kemasan Advance Grade, versi istimewa ini tidak datang dengan harga murah sebaliknya menelan belanja sehingga £38,120 (RM200,950.68) di United Kingdom, sangat mahal untuk sebuah EV dengan jarak terhad hanya 137 batu dalam kitaran WLTP. Bukan satu pilihan ideal untuk pek bateri kecil 35.5kWh, tetapi Honda E ini tampil bergaya dengan interior yang cukup kemas. Buat masa ini, kereta RWD ini mampu menghasilkan 152hp dan tork 232 lb-ft, lebih daripada cukup untuk sebuah kenderaan di bandar!
Sumber : Motor1