Sempena sambutan kemerdekaan ke 62, Team Mugen R telah mengadakan sambutan hari keluarga, bertempat di Lanjut Beach Resort, Rompin Pahang pada 31 Ogos dan 1 September yang lalu. Sebanyak 25 buah Civic FD2R dan FK8R berkonsep Mugen telah mengambil bahagian dalam acara ini.
Penganjuran acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemilik yang meminati gaya Mugen. Ia turut membolehkan mereka berkongsi pengalaman dalam menyiapkan jentera masing-masing. Memandangkan nilai dan jumlahnya yang agak terhad, setiap pemilik perlu lebih bersabar dalam mengumpul komponen aksesori yang diperlukan.
Untuk pasaran tempatan, kebanyakan komponen Mugen hanya boleh diperolehi daripada pengimport yang dipercayai atau dibeli terus dari Mugen M-Tec di Jepun.