BitClub Network Malaysia telah menganjurkan program Konvoi & Hari Keluarga 2019 pada 25 Ogos yang lalu. Memilih Sugeh Hill Resort, Janda Baik Pahang sebagai lokasi pertemuan, sebanyak 45 buah kereta dengan lebih 200 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program kali ini. Hadir sama pengasas BitClub Network, En. Russ Medlin dan keluarga.
Pergerakan konvoi bermula di Stesen Minyak BHP Gombak, sebelum singgah di Lemang Toki, Bentong untuk bersarapan pagi. Konvoi kemudian meneruskan perjalanan ke Sugeh Hill Resort, untuk mengikuti aktiviti yang diatur. Antaranya sukaneka, BBQ, mandi sungai, jamuan makan malam dan lain-lain.
BitClub Network telah ditubuhkan pada 2014 dan mempunyai keahlian di seluruh dunia. Ia berperanan mendidik masyarakat, untuk mengenali selok belok perlombongan mata wang digital bitcoin dengan cara yang betul dan selamat, sekaligus mengelak risiko penipuan. Maklumat lanjut, layari Facebook: Revolusi Matawang Digital Bitcoin