Dianjurkan oleh HE Garage dan Street Garage, program Bezza Day 2023 ini diadakan buat pertama kalinya sejak penubuhan komuniti Bezza pada tahun 2016. Program ini berlangsung di kawasan tempat letak kereta Parking C, Stadium Bukit Jalil pada 18 Februari yang bermula seawal pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Sebanyak 1,420 buah kereta Bezza berjaya dihimpunkan dengan kehadiran para peserta yang datang dari seluruh Malaysia. Bagi memeriahkan lagi program sulung ini, pelbagai aktiviti telah disediakan termasuk autoshow, sukaneka, jualan dan juga pameran dari barisan penaja.
Walaupun hadir di bawah naungan kelab dan komuniti berbeza dari serata Malaysia, para pemilik Bezza saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh para pemilik Bezza untuk beramah mesra dan saling bertukar-tukar pandangan tentang Bezza masing-masing.
Sebanyak 28 kelab dan komuniti yang telah meluangkan masa dan hadir sepanjang program Bezza Day 2023 berlangsung;
01. Bezza Facelift Family Club (BFFC) 15. Bezza Gang
02. Bezza Owners Malaysia Club (BOMC) 16. Bezza Generation Club
03. Red Bezza Owners Club (ReBOC) 17. The Lepakz
04. Sahabat Granite Grey Bezza (SGGB) 18. Borneo Gang
05. Malaysian Bezza Community (MBC) 19. Bezza Gallery
06. Brotherhood Bezza Crew (BBC) 20. Geng Bezza Abam Pidos (GBAP)
07. Northern Bezza Crew (NBC) 21. Bezza Malaysia Community (BMC)
08. Geng Bezza Putih (GBP) 22. Bezza Community Sepang Nilai (BCSN)
09. My Bezza Owners Club (MBOC) 23. Budak Supporter Bezza (BSB)
10. Perodua Bezza Motorsport Penang (PBMP) 24. Club Bezza Kelantan (CBK)
11. Legacy Bezza Malaysia (LBM) 25. Generation Perodua Family Crew (GPFC)
12. Syndicate Bezza Semenyih 26. 1NR-1KR-VE owners³
13. Bezza JB Gang 27. Tengganu Bezza Owner Club
14. BezzaForce Pahang Community 28. Gabungan Bezza Johor
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penaja yang sudi menaja program kali pertama diadakan untuk menghimpunkan para pemilik Bezza di seluruh Malaysia ini sekali gus menjadikan ia satu kejayaan besar. Antara penaja untuk program ini ialah Kakimotor, Zerone, Nashin, Supercircuit, Raxer (Mr. Absorber), Street Garage, Tofu Wrap, John Bodykit, Ultra Racing, Trapo, 70mai Daschcam, Hobi Mat Bujang, Scosche Malaysia Accessories, Ottoman Carpet, M.A.D Autopart Distributor, Grafixx Motorsport, Wifey Perfume Car dan VE Automart.