Sempena penganjuran KAMYA FEST yang diadakan di Bukit Jalil pada 10 hingga 12 Februari lalu, pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan bagi memeriahkan lagi festival ini. Antara yang mendapat sambutan hangat ialah ACE Crew Gegar Motor Show 2023.
BKGK Group Event telah diberikan kepercayaan oleh ACE Crew Motorsport sebagai penyelaras acara yang berlangsung pada 11 Februari bersamaan hari Sabtu. Bermula dari pukul 10 pagi dengan segmen Autoshow sehingga pukul 4petang, kemudian diteruskan dengan segmen Audioshow yang diadakan sekitar pukul 5 petang dan berakhir sekitar 10 malam.
Bagi setiap segmen ini pula, beberapa kategori dipertandingkan seperti Proton Standard, Proton Modified, Proton Standard Modified, Open Import Car, Open VIP Styles, Perodua Standard, Modified, Std Modified, Open Sticker dan New Open Car. Manakala untuk audioshow pula menyediakan kategori seperti Open PA 2 Woofer New, Open PA 2 Woofer Standard, Open PA 2 Woofer Modified, Open PA 4 Woofer, Open PA 6 Woofer, Open Lighting Car dan Open Design Audio.
Acara ini turut mendapat sokongan dari beberapa rakan permotoran lain termasuk VX Garage Malaysia sebagai penaja hadiah Cabutan Bertuah, KL Audio Team, Penembak Rambang selaku jurugambar team BKGK, barisan AJK yang terlibat serta juri-juri untuk segmen Autoshow dan Audioshow.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyokong acara ini yang terdiri dari beberapa nama terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia modifikasi kereta iaitu Vr Brothers, Killerz Motorsport, Ah Fatt Audio, Antera Motorsports, Killerz Motorsport, Linerz Motorsport, RPS Motorsport, ST Audio, Soul Motorsport, Brooze Motorsport, Thurmpet Motorsport, Mud Trucker, Kingz Motorsport dan para peserta perseorangan yang datang dari kelab-kelab permotoran serata negeri.