Rangkaian pengedar rasmi terbesar untuk pengeluar automotif premium seperti BMW, BMW Motorrad dan MINI iaitu Auto Bavaria dengan bangganya memperkenalkan kemudahan pengecasan kereta elektrik pertama untuk jenama MINI di bahagian Utara.
Berlokasi di aras 6 di Gurney Plaza Penang, pusat pengecasan ini menampilkan 3 unit MINI Gen 3 Wallbox yang berkemampuan mengecas kedua-dua kereta elektrik penuh dan juga plug-in hybrid. Menawarkan kuasa pengecasan berskala sehingga 22kW, ia mudah dikendalikan dengan hanya perlu plug in ke dalam penyambung kereta elektrik penuh atau plug-in hybrid untuk memulakan proses pengecasan.
Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, En. Vi Thim Juan berkata, pada tahun 2022, sebanyak lebih 30% Mini Electric telah diserahkan oleh Auto Bavaria penang sekali gus memperlihatkan peningkatan peningkatan untuk kenderaan EV di Malaysia. Kemudahan terbaharu untuk pengecasan kereta MINI di Gurney Plaza ini bertujuan untuk mendorong peningkatan untuk kenderaan EV dan juga memberikan lebih banyak kemudahan khususnya untuk pengguna di negeri-negeri di bahagian Utara ini.
Beliau juga berkata bahawa Gurney Plaza merupakan lokasi paling ideal untuk kemudahan pengecasan memandangkan ia sebuah kompleks beli belah yang popular dengan lokasi strategik di tengah-tengah bandar Pulau Pinang. Lokasi ini juga mudah diakses oleh para pemilik EV untuk mengecas kenderaan mereka pada bila-bila masa khususnya ketika membeli belah.
Menurut Pengurus Besar, Mall Management, CapitaLand Investment, saudara Peter Chan berkata sebagai salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab, CapitaLand sangat komited dalam mengekalkan operasi dengan keadaan yang memerlukan. Beliau juga percaya, penyediaan lebih banyak stesen pengecasan adalah kunci untuk penerimaan yang lebih tinggi terhadap kereta elektrik. Secara tidak langsung, membantu mengurangkan pelepasan karbon. Ketika ini, terdapat 4 stesen pengecasan EV termasuk tiga daripadanya adalah daripada MINI.