Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Green Chameleon

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
28/04/2021
in BULETIN, UTAMA

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang Tapi Dihargai

Jentera MPV sekarang sudah semakin banyak diubah suai oleh peminat mereka di luar sana. Dari yang harga ratusan ribu hinggalah model-model lama, semuanya dah ada pemberani yang melempiaskan hajat dengan mengubah suai jentera mereka dengan lebih ekstrem. Lihat sahaja Vellfire ataupun Alphard yang ada atas jalan raya, sekurang-kurangnya mesti tukar rim dan direndahkan sedikit kedudukannya untuk tampak lebih menarik.

Maka, tidak hairanlah kalau jentera-jentera MPV lain turut mendapat racun untuk dilakukan sebegitu rupa. Contoh yang terbaik kita boleh lihat pada jentera sahabat Encik Bob ni. Pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Zam telah melakukan ubahsuai terhadap Toyota Estima miliknya. Bak kata beliau, Estima ni boleh dikatakan kereta Bangsawan pada zaman kegemilangannya suatu ketika dulu.

Toyota Estima ini mempunyai pelbagai nama panggilan lain di serata dunia antaranya Tarago jika di Australia, Jinhui Previa, Beijing Zhonglian Previa dan Hongxing HX6482 di China dan macam-macam lagi tak sempat nak di Google kan…!

Generasi pertama Estima telah mendapat rekaan daripada pereka Toyota sendiri iaitu Tokuo Fukuichi dan Calty David Doyle pada tahun 1987, seterusnya diperkenalkan pada 27 Januari 1990. Estima pertama hanya mempunyai satu pintu sisi gelongsor untuk penumpang belakang. Ia menampilkan platform bermesin pertengahan yang unik, di mana enjin berkuasa petrol empat silinder sebaris dipasang hampir rata (pada sudut 75 darjah), di bawah tempat duduk depan. Disebabkan itu juga, Encik Bob tak dapat nak shoot tunjuk dekat kita macam mana rupa enjinnya.

Pemasangan enjin dalam kedudukan ini membolehkan akses mudah ke palam pencucuh yang terletak di bawah panel di bahagian kiri atas jentera ini, setelah melepaskan tempat duduk penumpang depan, karpet dan panel akses. Kesemua komponen yang digerakkan oleh enjin seperti alternator, pam stereng kuasa, pemampat penyejuk udara dan kipas radiator dapat diakses dari pelindung hadapan.

Bagi sudut pandangan Zam sendiri, kereta jenis ini lebih dikenali dengan nama Bean kerana bentuknya seperti kacang sesuai dengan citarasa sporty bagi sebuah kenderaan MPV. Toyota Estima ini mempunyai 2 cermin suria serta memiliki ruang yang luas di bahagian belakangnya sesuai untuk membawa keluarga ataupun membawa muatan barangan. Toyota Estima ini juga telah mendapat salinan CKD yang baharu setelah puas dicari oleh Zam selama memilikinya.

Nadi asal Estima ini adalah 2TZ-FE 2.4 N/A 4WD tetapi telah ditukar kepada 2TZ-FZE 2.4 Supercharger 2WD. Dan enjinnya juga dalam keadaan stok dan tidak perlu diubahsuai apa-apa. Untuk keselesaan, jentera ini dipasangkan dengan penyerap hentak boleh laras Tanabe, manakala gegelungnya pula menggunakan jenis angin ataupun belon nama panggilan lainnya yang diambil dari model ACR30. Setiap ketinggian boleh dilaraskan melalui satu suis yang telah dipasangkan di bahagian bawah panel papan pemuka.

Ruang dalaman jentera ini dilengkapi dengan tempat duduk dan panel dari model American Metal. Selain itu, Zam juga memasangkan stereng Momo Toyota serta pemain audio Android berukuran 7 inci untuk hiburan di dalam jentera kesayangan beliau ini. Sistem pendingin udara di bahagian depan dan belakang sentiasa diselenggara bagi memastikan keselesaan jika dinaiki oleh ahli keluarganya.

Penampilan luar jentera ini tampak lebih bergaya dengan padanan kit badan dari model Takeros keseluruhannya. Spoiler belakangnya pula adalah dari model TRD yang jauh lebih bergaya dari TCR yang asal. Rim Advan Super berukuran 17 inci dipasang kemas pada badan jentera ini bersesuaian dengan warna hijau yang semestinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja.

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Zam SchargeRz
      • Pengeluar – Toyota
      • Model – Estima TCR21 1995
      • Tahun –
      • Modifikasi Enjin –
      • Transmisi / Gearbox – 4 Speed Automatik
      • Elektronik / ECU – Asal
      • Ekzos –
      • Suspensi – Air Suspension (Belon) + absorber adjustable TANABE (depan & belakang)
      • Brek – 2TZ-FZE 2.4 Supercharger
      • Rim & Tayar – Advan Super 17 8jj et 38, tayar 215/55/17 depan dan belakang
      • Dalaman – Model TCR10 Estima American Metal, Stereng MOMO Toyota, Pemain Audio Android, Boost Meter Greddy, Pressure Meter Firestone
      • Luaran – Bodykit TAKEROSS JDM, Spoiler TRD
      • Bengkel – Zam SchargeRz

Previous Post

Toyota Prius Pergi Berburu?

Next Post

Auto Bavaria Perkenal Pusat Servis Fast Lane Pertama Untuk BMW Dan Mini Di Malaysia

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved