Kisah ini bukan berlaku di Malaysia. Belum lagi setakat hari ini tetapi Prius yang dimaksudkan telah diubahsuai dan dijadikan sebagai sebuah kenderaan yang digunakan untuk berburu oleh sebuah syarikat, Starwood Custom. Ia dibina khas untuk membantu seorang pemburu di Texas.
Berpengalaman luas dalam menghasilkan kenderaan lasak dan untuk berburu tetapi ini kali pertama mereka menggunakan Prius sebagai kenderaan asasnya. Namun, tiada sebarang info berkenaan kos pembinaan untuk membandingkan dengan hasil seperti yang dapat dilihat. Adakah ia berbaloi?
Bagi memadankan penampilan Prius dalam hutan, bahagian eksterior telah dicat dengan warna matte green. Tujuannya adalah untuk mengaburi mangsa-mangsa yang bakal diburu. Namun, bukan sekadar warna cat yang membezakan Prius ini dengan yang asal.
Starwood Customs telah mengeluarkan sebahagian besar bahagian standard kereta ini dan menggantikannya dengan platform khusus untuk berburu. Kelihatan agak janggal tetapi ia sangat praktikal. Di bahagian ini, pemilik atau pemburu boleh meletakkan senjata yang digunakan untuk memburu.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan lain untuk permukaan jalan yang lasak termasuk jalan berlumpur. Modifikasi lain yang dibuat pada Prius ini termasuk rak kargo, roof mounted untuk menempatkan rak kargo dan dalam masa yang sama boleh memikul tayar ganti.
Sumber : Carscoops