Auto Bavaria Penang, pemenang BMW Excellence Club untuk kategori Platinum pada tahun 2019 dan juga ahli yang mempunyai jaringan terbesar mewakili para pengedar pengeluar premium BMW, Motorrad dan Mini di bahagian utara Malaysia telah memperkenalkan Pusat Servis Fast Lane pertama khusus untuk BMW dan MINI di Malaysia. Berlokasi di Jalan Sungai Pinang, pusat servis ini melengkapi kemudahan utama yang ditawarkan di Jalan Anson, Pulau Pinang. Servis penyelenggaraan dan kemudahan baik pulih untuk kenderaan BMW dan MINI agar pelanggan dapat kembali di atas jalan raya dalam waktu yang singkat.
Pusat Servis Fast Lane BMW dan MINI baharu berkeluasan 30,000 kaki persegi ini dilengkapi penghawa dingin dengan ruang rehat premium untuk pelanggan, 6 ruang servis dan dua ruang RAC (Reception at the Car. Pusat ini khusus untuk servis pantas dan baik pulih dengan penekanan terhadap penyelenggaran biasa, penggantian tayar, membaik pulih kosmetik dan macam-macam lagi.
Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, En. Vi Thim Juan, konsep Servis Fast Lane ini menyasarkan untuk membantu pelanggan mengoptimakan waktu mereka sementara menunggu kereta diservis dan dibaik pulih. Kos servis dan baik pulih serta masa yang diperlukan untuk menyiapkan servis ini akan dibincang terlebih dahulu semasa pelanggan menghubungi untuk membuat tempahan di Service Fast Lane.
Para pelanggan akan menerima anggaran kos termasuk kos alat-alat ganti dan upah tenaga kerja lebih awal, sejajar dengan janji Auto Bavaria bagi memberikan harga telus agar pelanggan membuat keputusan tentang penyelenggaraan kenderaan masing-masing.
Sempena pembukaan baharu pusat servis ini, para pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis di Pusat Servis Fast Lane BMW dan MINI dari 1 hingga 31 Mei 2021 akan menerima pemeriksaan 72-poin secara percuma sebagai penghargaan. Pusat servis ini beroperasi selama 6 hari seminggu, bermula 8.00pagi sehingga 5.00petang dari Isnin sehingga Jumaat dan 8.00pagi sehingga 12.30 tengah hari pada Sabtu kecuali cuti umum.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi 04 – 293 2888.