Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

GOING TOPLESS

Saiful by Saiful
29/03/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Sebelum dikenali sebagai pengeluar kereta pacuan depan terpantas dunia, sejarah Honda sebenarnya bermula selepas mereka membina kereta pacuan belakang yang serba ringkas. Menerusi pengenalan siri roadster S500, S600 dan S800, mereka berjaya menempatkan diri dalam radar automotif pada masa yang singkat. Namun atas faktor permintaan, pengeluaran model-model ini terpaksa dihentikan bagi memberi tumpuan kepada kereta produksi massa yang lebih ekonomi.

Ketika pameran Tokyo Auto Salon pada tahun 1995, Honda telah mengumumkan projek SSM bagi mengembalikan falsafah Honda sebagai pengeluar kereta yang menyeronokkan. Hampir 4 tahun diperlukan untuk membangunkan kereta ini dan pada tahun 1999, model S2000 telah diperkenalkan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Honda.

Sesuai dengan reputasinya, S2000 memiliki rupa dan spesifikasi yang mendahului zaman. Ia menerima permintaan yang amat menggalakkan khususnya di pasaran Uncle Trump. Namun untuk pasaran sebelah sini, tidak ramai berpeluang memilikinya memandangkan harga semasa yang masih lagi tinggi. Kecuali mereka yang pentingkan keperibadian dan keseronokan, seperti Eu Jin dari JDM Auto Link.

Rupa luaran disegarkan dengan kit badan Type S, varian terakhir yang sempat ditawarkan sebelum pengeluarannya dihentikan. Ia datang dengan rekaan bumper depan yang agresif, termasuk spoiler GT yang berfungsi. Selain itu, Eu Jin turut mengenakan beberapa komponen tambahan yang lain seperti hood Mugen Dry Carbon, cermin sisi Spoon Aero, serta unit diffuser Alloy Craft.

S2000 direka dengan agihan berat yang cukup seimbang antara depan dan belakang. Untuk tujuan tingkat taraf, sektor pengendalian telah dimantapkan dengan set suspensi Ohlins DFV, termasuk pemasangan rangkaian bar penstabil. Komponen penghubung yang berkaitan juga telah ditukar, bagi menjamin prestasi kendalian yang memuaskan.

Sudut hentian turut diberi perhatian sewajarnya di mana bahagian depan, menerima kit brek monoblok Spoon dengan bantuan pad brek dan hos brek dari Endless. Sementara ruang rodanya diisi rim Volk Racing RE30 Club Sport berukuran 17-inci, sebelum dibalut pada tayar Michelin Pilot Sport dari saiz 225/45ZR-17 di bahagian depan dan 245/40ZR-17 untuk belakang.

Kereta ini tidak menggunakan siri enjin yang kita kenal, tapi dibekalkan dengan nadi F20C yang sangat luar biasa. Walaupun hanya berkapasiti 2.0-liter, ia mempunyai sifat yang sangat galak dan boleh mencecah garisan merah dengan mudah. Malah enjin aspirasi normal pacuan belakang ini juga memiliki output kuasa per liter paling tinggi dalam kelasnya.

Dengan kekuatan mencecah 234 kuasa kuda, Eu Jin hanya memberi tumpuan kepada aspek kemasukan udara, menerusi pemasangan kotak induksi dan kit penapis udara ARC. Selain itu, sistem sejukan juga diberi perhatian hasil penggunaan unit termostat Spoon, radiator aloi ARC dan plet penyejuk ARC. Bagi memastikan operasi enjin kekal di tahap optimum, sistem pengurusan enjin kini ditala menggunakan unit Hondata Flashpro.

Seperti siri roadster lain, S2000 bukanlah sebuah kereta yang praktikal. Nak tumpangkan kawan sorang lagi pun tak boleh. Oleh itu, hanya sepasang tempat duduk Recaro RS-G diperlukan untuk tujuan ini. Memandangkan Eu Jin suka biarkan bumbung keretanya terbuka, tiada gajet elektronik yang sesuai dan boleh dipasang. Yang ada cuma karpet Honda Access. Itu pun tinggal dua jer…

 

Previous Post

MODES SAKURA

Next Post

DARE TO BE KYK

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved