Seperti yang ramai tahu, FTuned Racing telah lama bertapak di negara kita dan semua produk dihasilkan juga diperakui oleh banyak pelumba serta pengguna yang menggunakannya. Dengan kepakaran dan teknologi yang ada, pihak FTuned sentiasa berfikir bagaimana untuk menghasilkan pilihan suspensi yang terbaik untuk semua kenderaan yang ada di Malaysia.
Mana-mana yang tidak tahu, FTuned Racing juga sebenarnya ada menghasilkan spring ataupun sistem suspensi untuk kegunaan motosikal. Ini bukan cerita rekaan. Kenyataannya, sudah beberapa buah jentera Yamaha Y15 yang telah memasang sistem suspensi hasil dari tangan Ftuned.
Berbalik kepada cerita tentang jentera 4 roda. Untuk kegunaan yang bersesuaian dengan beberapa buah jentera seperti Honda Jazz GK, Honda Civic FC, Mitsubishi Lancer GT, Proton Satria Neo, Proton Putra dan Perodua Myvi Gen 3, FTuned Racing telah membina sebuah model suspensi yang dikenali dengan FTR S Series.
Sebagai contoh, kita ambil sebuah model popular keluaran tempatan iaitu Proton Satria Neo. Set suspensi boleh laras FTR S Series ini telah direka dengan begitu teliti sekali oleh FTuned mengikut kesesuaian jentera tersebut. Segala sudut telah diambil kira bagi memastikan para penggunanya merasa lebih kepuasan semasa memandu baik dari segi kawalan jentera, tahap kestabilan dan terutama sekali keselesaan.
FTR S Series ini menepati citarasa anak muda yang inginkan pemanduan yang agresif di atas jalan raya. Bagi sesebuah jentera yang cukup bergaya seperti Neo, ia memerlukan kawalan yang lebih cemerlang serta stabil lebih-lebih lagi ketika segala kuasanya dikeluarkan. Ini bukan sahaja membantu untuk lebih selamat malah, ianya memastikan pemandu dapat memandu dengan lebih yakin. Dengan talaan yang dapat disesuaikan, kenderaan akan berada pada kedudukannya dengan lebih baik serta selamat ketika mengambil selekoh.
Hal ini turut ditanya kepada beberapa mekanik berpengalaman yang turut memberi komen positif tentang penggunaan FTR S Series. Selain itu juga, sistem suspensi ini turut sesuai untuk digunakan bagi kegunaan di atas trek. Dengan segala teknologi yang telah diterapkan padanya, prestasi yang mampu dihasilkan oleh sebuah jentera ini tidak akan terganggu ketika dipacu.
FTuned FTR S Series boleh dilaraskan mengikut kesesuaian melalui fungsi Hi-Lo Soft-Hard beserta Body-Shift yang terdapat padanya. Sistem suspensi ini juga dikategorikan sebagai ‘comfort-sport setting’ di mana ianya sesuai untuk kegunaan biasa mahupun di atas litar lumba.
Dengan harga yang lebih berpatutan, ianya merupakan satu pilihan bijak untuk dipasangkan pada badan kenderaan anda. Mengapa perlu bayar lebih sedangkan anda boleh memiliki sistem suspensi yang sama taraf di pasaran. FTuned FTR S Series ini mudah untuk diselenggarakan dan ianya datang dengan pakej jaminan selama 2 tahun.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi atau berkunjung;
F Tuned Racing Suspension
No.9, Jalan Seri Rejang 4,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 012 – 777 0747
Emel : ftunedsuspension@gmail.com
atau
Selain itu, anda juga boleh berhubung terus menerusi laman sosial;
Facebook : https://www.facebook.com/ftuned
Instagram : https://www.instagram.com/ftunedracingsuspension/