Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1,699,990 Termasuk Duti Dan Cukai Jualan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/09/2022
in BULETIN, UTAMA

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini memperkenalkan SUV super Audi RS Q8 yang penuh berkuasa ke dalam rangkaian model tawarannya. Menjadi SUV saiz penuh Audi pertama menggunakan lencana RS, RS Q8 melangkaui sempadan prestasi dalam kelasnya.

Tampil luar biasa pintar dan original, RS Q8 mengetengahkan ciri-ciri termaju Audi yang menggabungkan fleksibiliti mengagumkan serta kegunaan harian untuk mendefinisikan semula genre kenderaan berprestasi tinggi tradisional. Antara spesifikasi teknikal yang impresif ialah suspensi udara adaptif khusus untuk RS, stereng semua roda, sport differential dan sistem keselamatan olengan aktif.

Enjin: Kuasa maksimum dan bercekapan tinggi
Mampu menjana kuasa sehingga 600PS dan tork 800Nm di antara 2,200 dan 4,500rpm, enjin 4.0 liter biturbo V8 TFSI membolehkan RS Q8 memecut 100km/j dalam masa hanya 3.8 saat – angka yang meletakkannya setara dengan kereta-kereta sports lain. Ia juga berupaya mencapai pecutan tertinggi 305km/j.

Cockpit

Turutan pencucuhan 1-3-7-2-6-5-4-8 menjamin janaan bunyi yang mengasyikkan, ditambah dengan sistem ekzos sport bersama kemasan hujung paip ekzos berwarna hitam. Pemandu juga boleh menukar bunyi enjin melalui sistem Audi drive select.

Kuasa enjin V8 TFSI disalurkan ke sistem pacuan semua roda sepenuh masa quattro menerusi kotak gear lapan kelajuan standard. Kawalan tork roda terpilih (wheel-selective torque control) menyempurnakan lagi aspek keselamatan dan pengendalian lincah RS Q8.

Ketika mengambil selekoh, ciri quattro sport differential berfungsi mengagihkan kuasa tork di antara roda belakang jika diperlukan. Sistem active torque vectoring ini menambah baik aspek cengkaman, kestabilan dan dinamik.

Pemanduan: Bersedia untuk segalanya
Sistem suspensi udara adaptif sport khusus untuk RS dengan kawalan redaman bermaksud RS mampu menawarkan prestasi yang sama di litar lumba atau laluan off-road.

Talaan peredam khas RS menawarkan tetapan yang luas di antara tetapan ke arah keselesaan dan sangat sporty. Olengan badan sewaktu mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dapat diminimumkan, terima kasih kepada sistem electromechanical active roll stabilisation (EAWS).

Dengan jarak kelegaan tanah yang pelbagai, rekaan overhang pendek, pacuan semua roda sepanjang masa quattro dan kawalan menuruni bukit, RS Q8 boleh dipandu dengan tenang dan yakin apabila jalan berturap berakhir.

Sistem pengendalian Audi drive select yang dinamik membolehkan pemandu untuk mengawal aspek pengurusan enjin dan transmisi, tujahan stereng, suspensi udara, stereng semua roda, bunyi enjin dan karekteristik pendingin hawa automatik. Lapan profail disediakan: comfort, auto, dynamic, efficiency, allroad, offroad serta mode RS1 dan RS2 yang boleh diubah suai secara individu dan khusus untuk RS. Ia boleh diakses secara langsung melalui butang “RS-MODE” pada stereng.

RS Q8 didatangkan standard dengan rim aluminium bersaiz 23 inci bersama rekaan rotor Y 5 jejari. Di sebalik rim yang besar itu tersimpan sistem brek RS dengan cakera komposit berliang bersaiz 420mm di depan dan 370mm di belakang bersama brek seramik merah sebagai ciri standard.

Luaran: Keyakinan diri
Dengan Singleframe berbentuk oktagonal yang mantap, radiator karbon RS dan gril berbentuk sarang lebah dalam kemasan hitam berkilat, RS Q8 tampil dengan wajah penuh yakin. Semua itu kemudian digabungkan dengan corong pengambilan udara sisi dan bilah karbon yang menyerlahkan lagi karekter atletik RS Q8.

Garis bumbung yang melandai dari hadapan ke tiang D dan berakhir pada quattro blisters di atas arca roda. Kemasan strips RS pada warna badan membuatkannya 10mm lebih lebar di depan dan 5mm di belakang, sekali gus memberikan ruang yang lebih besar. Spoiler bumbung RS pula memberikan gayaan yang padu dan menawarkan kuasa downforce kepada gandar belakang untuk kestabilan ketika dipandu pada kelajuan tinggi. Gegelung Audi, logo RS di depan dan belakang yang berwarna hitam nyata melengkapkan reka bentuk yang garang.

Lampu utama RD HD Matrix LED didatangkan dengan lampu nyalaan siang tiga dimensi signatur bersama karekter digital yang sama seperti lampu belakang LED. Satu jalur lampu dengan latar permukaan hitam berkilat seperti lampu belakang membuatkan penampilannya semakin garang. Lampu utama RS Matrix LED, lampu belakang dan lampu isyarat membelok dinamik diserlahkan menerusi animasi RS apabila kereta dikunci dan dibuka.

Dalaman: Luas dan sporty
Ruang kabin RS Q8 menampilkan rekaan yang kemas dengan panel instrumen nipis dan garis horizontal memberikan rasa yang luas. Elemen utama di dalam kabin ini ialah paparan MMI touch response.

Paparan RS yang istimewa dalam kokpit maya Audi (Audi virtual cockpit) dan paparan MMI menawarkan maklumat seperti tekanan tayar, tork, kuasa, suhu, catatan masa dan g-force. Paparan head-up juga menampilkan grafik-grafik khas RS.

Tempat duduk sports RS hadir dengan balutan kulit Valcona bersama jahitan sarang lebah, serta fungsi ventilasi dan urutan. Elemen-elemen dalaman RS yang lain termasuklah jahitan benang berwarna kelabu pada pad lutut, stereng, karpet lantai dan tali pinggang keledar. Gayaan tersebut disempurnakan dengan logo-logo RS yang diletakkan pada stereng dan kemasan sisi pintu hadapan beriluminasi. Kulit Nappa pula membalut tuil gear dan perehat tangan pada pintu.

RS Q8 turut menunjukkan kegunaan harian yang tidak dapat dinafikan pada bahagian belakangnya. Apabila penyandar kerusi belakang dilipat, ruang kargo belakang hatch penuh kuasa itu mampu mencecah 1,755 liter.

Ketersambungan untuk keselamatan
Rangkaian sistem bantuan yang komprehensif pada RS Q8 termasuklah bantuan jelajah adaptif, bantuan kecekapan, bantuan di simpang, amaran penukaran lorong dan kamera 360 darjah.

Audi RS Q8 didatangkan dalam sembilan pilihan warna: satu kemasan cat solid dan lapan warna metalik atau efek mutiara, bersama perumah cermin sisi karbon dan 11 warna Audi Exclusive.

Audi RS Q8 ditawarkan pada harga bermula RM1,699,990 selain hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Tempahan boleh dibuat di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie dan Juru.

Dynamic photo Colour: Java Green
Cockpit
Detail
Previous Post

Siri Perlumbaan Drift Kebangsaan

Next Post

Edisi Khas Buat Kemunculan Sulung Di US

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved