Jenama Mini telah kembali di pasaran US untuk 20 tahun dan baru-baru ini, pengeluar kereta ini meraikannya dengan mengeluarkan model edisi ulang tahun yang istimewa. Mini Cooper S Hardtop 4 Door 20 Years Edition yang dijangka akan tiba pada bulan September. Mini Cooper S ini dikatakan menerima pelbagai upgrade visual yang unik.
Model ini ditawarkan dalam tiga warna; Chili Red, Pepper White dan Island Blue yang mewakili warna bendera US dan juga British. Pada bahagian hood pula terdapat jalur dalam warna merah, putih atau biru. Selain itu, visual decal C-Pillar juga telah dikemaskini.
Roda hitam “tentacle” digunakan untuk keempat-empat sudut. Mini ini juga didatangkan dengan roof rail dan monoroof panoramik. Namun begitu, Mini tidak menyebut tentang apa-apa kemaskini terhadap trenkuasa edisi ulang tahun ke-20 ini; dilengkapi dengan enjin turbocaj 2.0-liter yang menghasilkan 189 horsepower dan tork 206 lb-ft. Mini Cooper S 4 Door boleh mencecah 96km/j dalam masa hanya 6.5 saat.
Di bahagian dalamnya, Mini menawarkan stereng yang dibalut dengan kulit Napa dan tempat duduk sport dengan kemasan karbon hitam. Selain itu, bahagian interior ini juga menerima kemasan piano hitam, grafik 20 tahun dan headliner Anthracite. Ada macam-macam lagi yang dilengkapkan pada Mini ini termasuk kawalan iklim dua zon, tempat duduk dengan pemanas dan Pakej Setor. Apple CarPlay, kluster instrumen digital dinamik dan Bluetooth yang dikemaskini.
Sumber : Motor1