Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Dilengkapi Sistem Simpanan Kuasa Bateri Di Malaysia, Di Hentian Sebelah Behrang

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/10/2023
in BULETIN, UTAMA

Pengecas EV bersepadu disokong simpanan kuasa bateri yang dijana oleh tenaga solar akan disediakan di beberapa Kawasan Rehat & Rawat dan Hentian Sebelah sepanjang lebuh raya di Malaysia. Ia merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia Behrang, Perak, Malaysia.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan penyedia penyelesaian tenaga bersih Gentari Sdn Bhd (Gentari), melalui anak syarikat milik penuh, Gentari Green Mobility Sdn Bhd (Gentari Green Mobility) telah berkolaborasi untuk menyediakan Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik Modular Mudah Alih yang dilengkapi dengan Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS), di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara).

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Pengerusi PLUS, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Urusan UEM Group Berhad dan Ahli Lembaga PLUS, Dato’ Mohd Izani Ghani, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli.

Menurut Dato Sri Alexander Nanta Linggi, kolaborasi di antara PLUS dan Gentari merupakan satu kerjasama utama yang boleh memanfaatkan kekuatan tersendiri daripada setiap organisasi untuk menyokong sistem pengangkutan yang mesra alam sekitar, mencipta persekitaran yang lebih kondusif untuk penggunaan kenderaan mesra alam. Kementerian komited untuk mencapai matlamat kelestarian Malaysia dan kolaborasi ini memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyokong penyelesaian pengangkutan rendah karbon, selari dengan objektif yang terkandung dalam Pelan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau Malaysia (GTMP) dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB).

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, “Sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dan rakan strategik negara, PLUS komited untuk menyokong dan menyumbang kepada agenda kelestarian negara. Kami berganding bahu bersama-sama Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta pemain industri utama untuk menyokong pelan hala tuju pembangunan infrastruktur stesen pengecas EV, di mana kami mensasarkan untuk menyediakan 100 stesen pengecas EV DCFC di seluruh rangkaian Lebuhraya PLUS menjelang tahun 2025 untuk membentuk ekosistem yang kondusif bagi rakyat untuk beralih kepada penggunaan EV.

Kerjasama PLUS dengan Gentari adalah salah satu pelan strategik kami untuk meningkatkan penyediaan kemudahan pengecasan EV, mempercepatkan pelaksanaan pelan serta rancangan dalam menyokong Malaysia bergerak ke arah negara berkarbon neutral menjelang tahun 2050.”

Pengecas bersepadu untuk kegunaan awam yang dilengkapi oleh Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS) serta penggunaan tenaga solar ini, merupakan yang pertama di negara ini, dan ianya akan dilancarkan secara berperingkat pada tahun 2023 dan 2024, bermula dengan projek rintis di empat Hentian Sebelah di sepanjang Lebuhraya PLUS. Setiap lokasi akan mempunyai kuasa pengecasan DC sehingga 200 kW, dan empat poin pengecasan akan disediakan. Empat lokasi yang dicadangkan ialah Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Perak dan Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Negeri Sembilan.

Tiga lagi lokasi akan dirancang di Hentian Sebelah Ajil (Arah Utara dan Arah Selatan) dan Kawasan Rehat & Rawat Perasing, yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu. Di samping itu, beberapa poin pengecas Alternating Current (AC) di stesen minyak PETRONAS sedia ada yang terletak di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah, akan dinaik taraf kepada poin pengecas DC Pantas (DCFC). Gentari juga akan membangunkan poin pengecas DCFC di stesen minyak PETRONAS sepanjang Lebuhraya PLUS dan lokasi berdekatan, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2024.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan strategik lebuh raya untuk memberikan keyakinan jarak kepada pengguna-pengguna EV yang melakukan perjalanan rentas negeri. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, “Kerjasama kami bersama PLUS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia merupakan satu langkah penting yang progresif di dalam usaha kami untuk menggalakkan pembangunan ekosistem EV di Malaysia, sambil memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan kami.

PLUS, sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia, memainkan peranan penting dalam meningkatkan infrastruktur dan kemudahan yang menjadi keperluan pemandu-pemandu di Malaysia. Secara langsung, ini akan meningkatkan keyakinan jarak dan hasrat orang ramai untuk beralih kepada EV. Gentari bersama rakan kongsi kami, EV Connection Sdn. Bhd. (EVC) amat teruja dengan kolaborasi ini untuk memperkenalkan Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik Modular Mudah Alih. Inisiatif perintis ini menggabungkan penggunaan inovatif sistem BESS dan tenaga solar, dan kami berharap untuk terus mengorak langkah ke arah masa hadapan yang lebih lestari.”

Sejak diperkenalkan pada Jun 2022 sehingga kini, Gentari telah menyediakan lebih daripada 180 poin pengecasan di Malaysia dan lebih daripada 160 poin pengecasan di India, melalui rakan stategik syarikat. Dengan misi menjadi rakan penyelesaian tenaga bersih yang terbaik di Asia Pasifik menjelang tahun 2030, Gentari berhasrat untuk menguasai lebih daripada 10% pasaran poin pengecasan kenderaan EV di pasaran-pasaran utama di Asia Pasifik.

Previous Post

Himpunan Peminat Modifikasi, Audio & Kelab Kereta

Next Post

Lebih Banyak Ruang, Selesa Dengan Interior Serba Mewah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved