Utara Malaysia kembali bergegar dan kali ini sempena penganjuran Econsave Autoshow & Gathering yang diadakan pada 14 Oktober lalu. Dimulakan sekitar pukul 10 pagi dan berlanjutan sehingga pukul 6.30 petang, program ini dianjurkan oleh Econsave Pokok Sena dengan kerjasama Geng Kelab Kereta Utara (GKKU) yang bertempat di Econsave Pokok Sena di Kedah.
Bagi makluman, program ini berjaya menghimpunkan beberapa buah kenderaan untuk Club Supporter terdiri daripada AOCC Kedah, Santai Axia Utara, LOQSTAQ Geng Community, Northbound SP dan HRZ Audio Specialist. Tidak dinafikan, kehadiran kelab-kelab ini memeriahkan lagi suasana hujung minggu di Econsave Pokok Sena.
Pihak penganjur mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuam terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta Autoshow dan Audioshow yang memberi sokongan padu. Sebanyak 27 kategori disediakan pihak penganjur. Bukan itu sahaja, pihak penganjur turut menyediakan piala istimewa untuk Best Of The Best.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penyumbang khususnya KW Suspensions, Abang Autospa, Prince Lubricants, A&R Generation Legacy & Kikie Lala. Di atas sumbangan yang diberikan. Semoga dapat bekerjsama lagi di masa hadapan seterusnya menyemarakkan lagi industri modifikasi dan audio kereta di Malaysia.
Tidak dilupa juga kepada rakan media, MediaMotosports sebagai media rasmi yang merakam kenangan istimewa ini. Semoga ada lagi ruang dan peluang untuk penganjuran program yang sama di masa hadapan.