Baru-baru ini, Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan kesediaan SUV elektrik terbaharu varian mewah iaitu Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV. Tidak dinafikan, EQS SUV ini meningkatkan aras untuk sebuah SUV elektrik kepada satu tingkat lebih tinggi dengan ciri-ciri terkini dan tampil elegan.
Menurut Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang, SUV EQS ini adalah penambahan terbaharu dalam portfolio kereta elektrik EQ mewah Mercedes-Benz Malaysia sebagai kemuncak di antara kelapan-lapan varian model merentasi semua segmen kenderaan. Menggabungkan ciri-ciri terkini dengan penyesuaian SUV yang boleh memuatkan seramai tujuh penumpang dengan selesa.
Rekaan futuristiknya adalah gabungan harmoni kontur yang membangkitkan emosi serta permukaan yang dihasilkan dengan cukup teliti sekali gus memperlihatkan nilai estetika jenama Mercedes-Benz itu sendiri. Pelancaran SUV ini selari dengan komitmen Mercedes-Benz yang kukuh terhadap terhadap kelestarian dan inovasi digital menuju elektrik sepenuhnya di masa hadapan.
Menurut Bettina Plangger, Naib Presiden Pemasaran Jualan, Mercedes-Benz Car Malaysia SEA II, berkata bahawa SUV EQS ini memberikan definisi kemewahan dalam era kenderaan elektrik penuh, sekali gus mengangkat darjat keunggulannya kepada tahan baharu yang menyediakan tempat untuk tujuh orang penumpang.
EQS SUV juga mempunyai integrasi Dolby Atmos terkemuka dalam kelas dengan Apple Music, menawarkan pengalaman Audio Ruang yang tiada tandingan kepada pelanggan. Dengan estetika menarik dan teknologi terkini, SUV EQS ini mengubah semula konsep kemewahan dan inovasi dalam segmen penting ini. Ia adalah bukti semangat penyelidikan Mercedes-Benz yang teguh dan gembira untuk membawanya kepada pelanggan yang dihargai di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut; layari https://www.mercedes-benz.com.my/passengercars/models/suv/eqs/overview.html