Belum seminggu bercerita tentang Corrado, kini kereta yang sudah lama ditinggalkan pengeluar Jerman itu kembali menjadi sebutan. Terima kasih kepada artis-artis yang menjadikan Corrado sebagai pilihan dan tampil dengan sentuhan imaginasi masing-masing. Kali ini, hasil rekaan Kleber Silva atau dikenali sebagai KDesign AG di media sosial.
Baru-baru ini, Kleber telah menghasilkan Corrado menggunakan CGI dan ianya sesuai untuk model ini kembali ke dalam industri automotif. Namun, beliau menyuntik sedikit Corrado ini dengan DNA Audi Sport Quattro. Cadangan rekaan untuk Vokswagen Corrado ini menggunakan konsep Audi Sport Quattro memandangkan ia merupakan liftback coupe tiga pintu.
Selain itu, Kleber turut menggunakan elemen visual daripada kajian rekaan terkini Volkswagen, GEN.TRAVEL. Tidak dinafikan, rekaan ini kelihatan agak futuristik dan diharapkan ia tidak mengikut persepsi sama prototaip Audi tadi kerana ia tidak akan dikenali sebagai ‘kembalinya’ Corrado.
Sekiranya beberapa elemen yang ada pada Mk8 VW Golf GTE diselitkan, dilengkapi trenkuasa hybrid plug-in sekurang-kurangnya untuk 241 hp dengan kuasa elektrik yang memacu sehingga 60 km menggunakan pek bateri 13-kWh. Jika itu tidak sesuai, mungkin juga boleh menggunakan SUV hybrid plug-in Touareg R dengan enjin V6 turbo 3.0-liter dan motor elektrik yang lebih berkuasa.
Apa-apa pun, ia hanya sekadar cadangan dan imaginasi seorang artis. Adakah Volkswagen ingin menghidupkan semula Corrado selepas melihat versi-versi terbaharu lakaran artis visual ini? Kita tunggu dan lihat sahaja?