Bukan sesuatu yang baharu, Toyota GR Supra sering mencuri perhatian walaupun tanpa sebarang modifikasi berat. Inikan pula bila disolek sehabis cantik dan dipakaikan dengan bodykit yang cun. Apa yang anda lihat sekarang ini adalah salah satu contoh GR Supra yang berjaya menarik perhatian.
Supra ini ditemui di Wheel Boutique yang sedang ditambah dengan rim baharu serta dipakaikan dengan bodykit aftermarket sehingga menjadikan ia tampil agak dramatik. Mungkin peminat Supra tradisional tidak gemar dengan modifikasi ini tetapi masih ada yang benar-benar menghargai usaha yang dilakukan ke atasnya.
Bodykit ini dibangunkan oleh Street Hunter Designs dan boleh dikatakan, ia sebagai salah satu bodykit yang cemerlang dibina untuk Toyota termasuk set wheel arch yang dipasang di kedua-dua bahagian depan dan belakang. Secara tidak langsung, mengubah penampilan kereta ini di atas jalan raya yang menjadikan ia tampil lebih agresif.
Melengkapi bahagian wheel arch ini adalah splitter hadapan baharu dan towering rear wing yang dipanjangkan dari standard decklid spoiler yang sangat sesuai dengan Supra. Bukan itu sahaja, Street Hunter Designs turut menghasilkan diffuser baharu untuk kereta tersebut.
Menyempurnakan modifikasi pada Supra ini adalah set Anarky Wheels dengan kemasan yang telah dikilatkan serta disalutkan dengan tayar Toyo R888R. Andai berpeluang memiliki Supra ini, adakah anda ingin mengekalkan warna sedia ada atau menukarnya kepada biru, merah atau hijau? Kalau diberi peluang, penulis mahu Supra ini diwarnakan merah!
Sumber : Carscoops