Baru-baru ini, Volkswagen telah melakukan preview untuk sedan elektrik penuh pertamanya ID.7. Versi pengeluaran untuk konsep ID.Aero ini bakal dilancarkan pada suku kedua tahun 2023. Namun, Volkswagen telah menutup bahagian eksterior dengan camouflage yang menarik tetapi sengaja membiarkan bahagian interior serta perincian ciri-ciri lain seperti teknologi dan model MED dibiarkan kelihatan.
Bercakap tentang gaya, VW ID.7 ini mirip konsep ID.Aero dari Jun 2022 dengan mengekalkan silhouette aerodinamik walaupun beberapa ciri lain telah dikurangkan sedikit untuk versi pengeluaran ini termasuk unit lampu LED yang lebih ringkas, penutup cermin lebih luas, bampar yang direka semula dan juga rim aloi berdiameter lebih kecil.
Pembalut camouflage istimewa ini digunakan VW ke atas ID.7 untuk menghasilkan kesan cahaya electroluminescent dalam pelbagai warna dengan grafik yang diinspirasikan oleh kod QR. Bagi mendapatkan hasil sebegini, VW telah mengaplikasikan sebanyak 40 lapisan warna yang membolehkan 22 kawasan memberikan cahaya iluminasi dengan sendirinya sekali gus memberikan persembahan istimewa apabila disambungkan dengan sistem bunyi.
Mujurlah bahagian innterior ini tidak ditutup sepenuhnya dan mendedahkan rekaan spesifikasi terakhir untuk versi pengeluaran. Skrin sesentuh gaya berdiri dengan skrin seluas 15-inci digabungkan bersama kluster instrument digital kecil dan juga pemapar Volkswagen. Memang cantik. Slaider sesentuh di bahagian bawah skrin mengawal keadaan (suhu) dan volume kini didatangkan menerusi iluminasi cahaya. Bagaimanapun, stereng dikekalkan dengan kawalan sensitif sentuhan yang katanya bakal digantikan dengan butang-butang biasa yang digunakan dalam model-model Volkswagen lama ekoran permintaan popular dari pelanggan.
Ada banyak lagi ciri-ciri yang dikongsikan oleh Volkswagen tetapi untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lebih baik tunggu sehingga ID.7 ini dilancarkan tidak lama lagi. Teruja tak? Sabar dulu dan TUNGGU!
Sumber : Motor1