Bila Hot Pink McLaren 570S Sondol Volkswagen Golf
Supercar memang sebuah kereta yang cantik dan menjadi idaman ramai orang. Namun, ia tidak dibina untuk semua orang. Walaupun duit anda berkepuk-kepuk tetapi bukan semua orang boleh atau mahir memandu supercar khususnya apabila kuasa purata biasanya dihantar ke tayar bahagian belakang, ia tidak sesuai untuk dipandu dengan kelajuan perlahan.
Salah satu contoh yang dapat dilihat, kereta McLaren 570S warna merah jambu (pink) yang remuk di London beberapa minggu lalu. Kejadian ini telah dikongsikan oleh Komander Simon Tuhill (London Fire Brigade) menerusi ciapan di twitter. Ya, ia memang tragik dan bertambah mengejutkan apabila mengetahui had laju di kawasan itu.
Kemalangan ini dikatakan berlaku di kawasan kota yang tenang pada 6 Ogos lalu, di Montagu Mansion di Marylebone dan had laju 32 km/j. Menurut ciapannya, Tuhill mengatakan pemandu hilang kawalan dan ianya tidak mengejutkan memandangkan tork maksima 443 (601 meter Newton) dipindahkan ke tayar belakang.
Kereta McLaren ini telah melanggar bahagian belakang Volkswagen Golf dan melihat keadaan gambar, ianya agak teruk, di mana bahagian hadapannya remuk. Namun, tidak dapat dipastikan apakah kerosakan yang dihadapi Volkswagen Golf.
Menurut perkongsian Tuhill lagi, kemalangan atau insiden seperti ini dikatakan biasa terjadi seperti yang pernah dilaporkan pada Mei lalu di mana 10 kemalangan ngeri berlaku sejak lockdown akibat pandemik covid-19. Justeru, jadikan perkongsian ini sebagai ingatan untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati. Lebih-lebih lagi apabila anda memandu kereta berkuasa tinggi seperti McLaren 570S ini. – motor1
Sumber : Simon Tuhill (Twitter)