Ninebot GoKart Pro Edisi Lamborghini
Xiaomi melancarkan go kart elektrik istimewa dikenali sebagai Ninebot GoKart Pro edisi Lamborghini sempena sambutan ulang tahun ke-10. Ninebot GoKart Pro edisi Lamborghini merupakan Huracan versi go kart. Diilhamkan daripada Supercar tersebut, go kart terbaharu ini hadir dengan warna ikonik Giallo Orion itu dan dilengkapi elemen-elemen Lamborghini. Versi asal yang dijual di pasaran Amerika Syarikat (AS) oleh Segway didatangkan dengan warna putih. Edisi istimewa ini menawarkan warna kuning dan tertera logo Lamborghini di bahagian bamper.
Ia turut dilengkapi lampu depan LED Ice Lake Blue dan tayar kustom bagi memantapkan lagi pemanduan drift pemandu. Pembaharuan lain yang terdapat pada Ninebot GoKart Pro edisi Lamborghini merupakan bibir depan anti pelanggaran TPE dan skirt sisi aerodinamik TPE. Ia sekali gus memberi pengalaman lebih selesa dan selamat apatah lagi apabila berlaku perlanggaran.
Selain itu, bagi memberi pengalaman memandu Lamborghini Huracan, jentera go kart ini didatangkan dengan sistem emulasi audio mencipta semula bunyi enjin Lamborghini. Model terbaharu ini mendapat khidmat pek bateri 432 Wh dan mampu memecut sehingga 25 mph. Ia boleh melakukan 62 pusingan pada trek sejauh 400 meter dengan sekali cas.
Ia juga mampu menampung muatan sehingga 100 kg, sesuai membawa seorang atau dua orang dewasa. Di China, Ninebot GoKart Pro edisi Lamborghini dijual pada harga AS$1,440 (RM 6,038). – autoevolution
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ