Jika diperhatikan, pemain bola dekat Malaysia semuanya bukan biasa-biasa. Kebanyakan mereka mempunyai cara hidup yang amat diidamkan oleh ramai orang di luar sana. Apa yang kita boleh perhatikan, yang paling ketara adalah kereta. Dorang kalau tukar kereta macam tukar jersi je.
Apa-apa pun, memang respek sebab semuanya hasil penat lelah bermain untuk pasukan. Berbaloi untuk diri sendiri. Kebanyakan dorang akan memilih untuk menggunakan kereta-kereta mewah sebagai kenderaan harian. Salah sorang pemain yang dulunya bermain untuk pasukan JDT2, Amer Saidin ini lain pulak minat dia. Kekal dengan FD2 Type R. Kalau dulu lain konsepnya dan kini dengan penampilan baru. J’S Racing. Ini konsep baru yang dilayan pomen setia dia, Arokiey dekat Fastlap Autoworks dari dulu sampai sekarang. Maklumlah, kalau dah serasi mana kita nak ubah-ubah hasil tangan sesuka hati, kan?
Enjin K20A ni dah dirasuki pelbagai resepi hebat dari tangan si Arok ni. Dipunggahkan semuanya dan kemudian dipasangkan balik dengan beberapa bahan tambahan antaranya aci sesondol Mugen, pulley boleh laras Skunk2, timing chain Toda, crank pulley Toda, pulley alternator pun dari Toda. Kalau ikut spesifikasi yang dia bagi, memang banyaklah barangan Toda yang ada pada enjin ni.
Untuk sistem penyejukkan, enjin ni dipasangkan dengan unit radiator Koyorad serta unit ambilan udara yang direka khas oleh pihak Fastlap. Sistem ekzos bagi jentera ini juga telah dikustomkan khusus oleh pihak Fastlap.
Kotak gear asal jentera ini telah disumbatkan dengan LSD KAAZ dan final drive dari Spoon untuk penghantaran kuasa ke bahagian roda dengan lebih cekap. Untuk talaan lebih baik, unit ecu Hondata digunakan untuk memastikan keseluruhan kuasa dapat ditampilkan secara terurus.
Jentera ini sebenarnya untuk melayan hobinya sahaja. Oleh yang demikian, seluruh cesi jentera ini telah diperkasakan dengan cesi yang hebat. Jentera ini dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras ‘3 way’ dari Cusco. Selain itu juga, bar-bar dari jenama Cusco turut digunakan pada jentera ini antaranya strut bar depan dan belakang, ‘member’ bar depan, floor front, side bar, floor rear dan ‘seat rail bar kiri dan kanan. Fender bar pula dari jenama Spoon. Manakala bush lower armnya dari jenama Megan Racing. Fuh, berpintal lidah nak sebut dia punya bar!
Sistem pemberhentian jentera ini menggunakan kaliper J’s Racing untuk bahagian depan manakala di belakangnya pula adalah rekaan kustom dari Jepun khas untuk model FD2 Type R. pelapik breknya pula dari jenama Sedoya manakala hos breknya dari jenama J’s Racing. Phewww… untuk brek je dah boleh beli Myvi 2nd hand.
Kalau geng-geng Type R ni, tipulah kalau masuk dalam kereta dorang nampak kosong je kat dalam. Meter Defi tu wajib ada, tambah pula ada roll-cage 7 point untuk tahap keselamatan yang lebih dipertingkatkan. Tempat duduk di bahagian kanan menggunakan Recaro RSG manakala di sebelahnya pula Recaro TSG. Turut kelihatan, Amer telah memasang gear shifter dari Hybrid Racing dipadankan bersama stereng OMP Superleggera original yang dibeli dengan si Punai dulu. Yang lain-lain korang boleh tengok sendiri.
Kalau dulu Amer banyak main barang karbon je kat luar. Pantang ada ruang, semua nak disumbatkan dengan karbon. Mungkin masa tu gila sangat main ‘trackday’ konon-konon nak bagi ringan kereta la kot. Tapi sekarang, jenteranya ini telah ditukarkan dengan konsep J’s Racing Type S. Mula-mula tengok memang nampak pelik, tapi kalau korang tau harga bodykit ni, kompem tak berani nak cakap banyak. Macam diberitahu tadi, majoriti aksesori badan jentera ni semua dari J’s Racing cuma bonet belakangnya sahaja dari Spoon.
Akhir sekali, Amer pasangkan rim CE28 berukuran 17 inci ditambah pula dengan tayar Hankook RS4. Makin popular plak tayar Hankook dulu. Kalau tak dulu korang semua taksub sangat dengan Toyo je, kan? Wah, tambah eksyen la ekk aritu masuk review dekat Youtube Mekanika, kan? Kahkah
Spesifikasi
Kereta : FD2R
Modifikasi Enjin : Engine FD2R, cam Mugen, adjuster cam pulley Skunk2, head gasket Spoon, trottle JS Racing, hose radiator JS Racing, oil cooller Trust, oil sump Toda, timing chain Toda, tensioner Toda, radiator Koyorad, thermostart Spoon, air intake custom Fastlap Autoworks, header Skrunk 2 Alpha, ekzos system custim Fastlaps Autoworks, fuel rail K-Tuned, mounting hotspot, crank pulley Toda, altenator pulley toda, radiator cap JS Racing, oil cap JS Racing, carbon kevlar password JDM
Transmisi / Gearbox : -original FD2R, LSD Kaaz, final drive Spoon
Elektronik / ECU : Hondata
Suspensi & Cesi : Suspension Cusco 3 way, front strut bar Cusco, rear strut bar Cusco, front member bar Cusco, floor front / side bar Cusco, floor rear side bar Cusco, floor center bar Cusco, rear lower arm bar Cusco, rear bulk bar Cusco, rear end bar Cusco, seat rail bar right /left bar Cusco, fender bar Spoon, lower arm bushing Megan Racing
Brek : front brake JS Racing, rear brake custom Japan, hose brake JS Racing, brake pads front / rear Sedoya
Roda & Tayar : front CE28 17x9JJ ET 22, REAR CE28 17x9JJ ET 48, tyre Hankook RS4
Dalaman : Defi DSDF, Shift indicator, Defi Advanced CR, rollcage Cusco 7 point, right seat Recaro RSG, left seat Recaro TSG, Honda Access dashbord panel, Gear shifter Hybrid Racing2, Bosskit worksbell, steering OMP Superleggera, Racing Belt Beltenick, knob gear JS Racing, display meter Greddy
Luaran : bodykit JS Racing type S, spoiler Voltex, rear bonet carbon Spoon, front bonet Aero carbon JS Racing type S, rear lamp custom LED By Japan, rear diffuser carbon JS Racing, fender JS Racing, grill JS Racing, front lips carbon JS Racing, canards JS Racing carbon, sticker windscren JS Racing, body sticker JS Racing
Bengkel & Tuner : Fastlap Autoworks (AROKIEY65)
Owner : Amer Saidin 26