Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Tengok Macam Senang Tapi Buatnya Susah!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
12/12/2021
in MODIFIKASI, UTAMA

Sebenarnya, ramai pemilik kereta yang lebih suka mengekalkan penampilan jentera mereka seperti dalam keadaan yang asli. Walaupun terpaksa menukarkan nadinya, mungkin di atas sebab enjin lama sudah tidak mampu memberi khidmatnya lagi ataupun mahukan enjin yang lebih berkuasa, mereka tetap mahukan keaslian pada jentera mereka.

Dengan kreativiti yang ada, pastinya jentera mereka akan tetap kelihatan cantik dan menarik bukan sahaja di mata sendiri malah pada orang lain juga. Proton Wira contohnya, selalu akan menjadi pilihan utama jika seseorang itu mahu berkarya pada sesebuah kereta. Pelbagai modifikasi yang boleh dilakukan pada jentera buatan Malaysia ini. Semestinya pilihan half cut dari Mitsubishi yang akan menjadi pilihan bukan sahaja dari segi enjinnya malah penampilan luarnya juga. Namun, di negara kita ada beberapa hal yang membuatkan hasil yang ingin ditampilkan terbatas.

Oklah, penampilan luar jentera ini masih lagi kekal dengan kit badan asal Wira yang tidak diubah melainkan sepasang cermin sisi Ganador yang dipasangkan oleh pemiliknya. Rupa jentera ini tampak lebih menarik apabila dipakaikan dengan rim Volk Racing TE37 yang dibaluti dengan tayar Maxxis Victra Pro keseluruhannya.

Dalamannya pula dipasang dengan papan pemuka milik Mitsubishi Evo 3 bersama deretan meter Defi 5 beradik di atasnya serta stereng Momo untuk mengendalikannya. Sistem memberhentikan jentera ini pula diserahkan pada set brek lengkap dari Wira model 1.8. kedudukannya pula boleh dilaraskan melalui sistem penyerap hentak boleh laras D2.

Beralih ke bahagian enjin, jentera ini menggunakan nadi 4G93T yang telah dirombak keseluruhannya. Piston asal digantikan dengan piston Wilson berukuran 82mm yang dipadankan dengan rod dari jenama Manley. Aci sesondol berprestasi dari Duratech dipasangkan pada bahagian kepala silinder dan diikatkan bersama pulley boleh laras rekaan kustom dari Casper racing.

Antara komponen berprestasi lain yang telah dipasangkan pada enjin ini termasuklah blow-off GReddy Type S, bearing keseluruhan dari jenama King, turbo TD05 20g, wastegate Tial 38mm serta keseluruhan sistem paipnya telah digantikan kepada stainless steel untuk ketahanan yang lebih lama. Muffler ekzos Apexi Silent diikat kemas dibahagian belakang jentera ini untuk hasil bunyi yang lebih mesra alam. Mesra ke?

Kuasa dari enjin yang cukup padu ini seterusnya dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear full lock LSD yang turut dilengkapi dengan klac OS Giken twin plate di dalamnya. Talaan enjin dilakukan hanya menggunakan AFC Neo. Lama tak dengar nama ni…

Spesifikasi
Kereta : Proton Wira
Modifikasi Enjin : 4G93T , piston Wilson 82 , cam Duratech, rod Manley, adjustable campulley custom by Casper Racing, Greddy type S blow off, King bearing, turbo TD05 20G, throttle body EVO, wastegate Tial 38mm, head port & polish, ekzos Apexi silent, full stainless steel.
Transmisi / Gearbox : Full lock LSD Cusco, clutch OS Giken twin plate
Elektronik / ECU : AFC NEO
Suspensi & Cesi : D2 adjustable
Brek : 1.8 WIRA
Roda & Tayar : TE37 & MAXXIS VICTRA PRO
Dalaman : EVO3, Defi meter 5 beradik, stereng Momo
Luaran : MDM
Bengkel & Tuner : Cheks Garage / Mie Ayam / Soki Ekzos / MZ Spray
Owner : Muhammad Tarmizi Manan

Previous Post

Berhabis Duit Sama nilai Dengan Sebuah A45 Edition 1!

Next Post

Harga Bermula Dari RM75,670, Penghantaran Terawal Januari 2022 Nanti

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved