Lama rasanya tiada penganjuran trackday kat Sepang semenjak Covid-19 serang satu dunia. Memang banyak yang terjejas bukan saja faktor ekonomi, tapi untuk melayan hobi pun dah terbantut. Banyak kereta lumba yang dah lama tersadai dan ada pula kereta yang digunakan untuk melepaskan nafsu dekat trek terpaksa duduk parking bawah bumbung je.
Kalau nak diikutkan, jika ada sebarang aktiviti trackday dekat Sepang, mesti banyak kereta hebat kita boleh jumpa lebih-lebih lagi golongan H. Kalau FD memang tak boleh nak dinafikan peminat dorang. Macam-macam jenis dan rupa kita boleh tengok. Konsep plak bukan sebarang-sebarang. Ada yang pakai barang luar sama macam harga sebuah kereta pun selamba je dia hentak main trackday. Garu kepala jap!
Biasa kita dengar, geng-geng FD ni duk main konsep J’s Racing la, Spoon laaa, tapi kali ni kita tampilkan sebuah FD2 Type R dengan konsep M and M (M&M). Tengok rupa luar kereta memang nampak lain sebenarnya. Konsep M&M ni agak unik sikit tapi nampak lawa. Bila berbeza dari yang lain, ia buat tarikan akan lebih dekat dia.
Keseluruhan kit badan jentera ini telah dipakaikan dari M&M mula dari bumper, wide fender, hood depan karbon, trunk pun karbon gak, GT Wing karbon, diffuser belakang dan wheel arch. Memang kit badan ni membuatkan kereta ni nampak lagi lebar dan kembang. Nasib cantik! Korang jangan nampak pelik sebab setiap design ni ada kelebihan dia. Kalau tak, takkan dorang buat dan ramai je yang pakai.
Bahagian dalam FD ni pun bukan biasa-biasa nampak gayanya. Tempat duduk pun dah cukup bangsawan. Recaro SR7 ASM Ruby Semi Limited dipadankan ddengan Bride lower railing kiri dan kanan. Stereng Nardi Personal dengan kemasan kulit dipadankan pula bersama tombol gear titanium Hybrid Racing lengkap dengan short shifter. Lain-lain, seperti biasa, deretan meter Defi 7 beradik untuk memantau prestasi enjin, blue mirror Seekers, panel meter, door step dan lampu kokpit dari Honda Access.
Sistem pemberhentian jentera ini dikuasakan oleh kaliper Brembo Nascar Monoblock 4 pot lengkap dengan rotor 2 piece berukuran 340mm di bahagian depan. Tahap kedudukan jentera ini pula boleh diubah mengikut kesesuaian melalui set suspensi boleh laras Aragosta yang dipadankan bersama swift spring 12k di bahagian depan dan belakang. Kekuatan dan kestabilan badan jentera ini turut dibantu dengan pemakaian beberapa ‘bar’ dari Cusco. Bagi tujuan keselamatan, ‘roll-cage’ 7 point juga dari Cusco telah dipasangkan.
Penampilan jentera ini tampak lagi menyerlah dengan pemasangan rim TE37 Saga berukuran 17 inci beserta tayar Hankook RS4 kesemuanya.
Beralih ke bahagian nadinya, enjin K24 ini telah ditala sehingga menunjukkan keputusan 290hp. Apa yang dilakukan pada enjin ini antaranya kepala silindernya telah melalui proses ‘port n polish’, penggunaan throttle body J37, komponen-komponen dari KTuned seperti adapter throttle body, water adapter, fuel rail, fuel pump 225lph termasuklah peralatan dari Skunk2 dan Toda. Kesemuanya boleh dilihat pada spesifikasi yang diberikan atau boleh dilihat pada gambar enjin yang dipaparkan. Terlalu banyak yang dinaik taraf sehingga boleh letih jari kalau nak ditulis satu persatu.
Kuasa dari enjin disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear yang telah dipasangkan dengan ratio gear M Factory 1 sehingga 6 beserta final drive 5.4 bersama-sama klac OS Giken twin plate dan juga LSD 1 way Type S juga dari OS Giken.
Bukan biasa-biasa permainan geng-geng Honda ni. Dari luar sampai ke enjin barang dah habis bangsawan digunakan. Silap-silap kos nak ubah suai pun boleh sampai harga 2 buah lagi FD ni…
Spesifikasi
Kereta : Honda Civic FD2 Type R
Modifikasi Enjin : K24 engine 290HP, head port n polish, J37 throtle body, K-Tuned tb adapter, K-Tuned water adapter, K-Tuned fuel rail, HD fuel pump 225L, Skunk2 ultra camshaft, Skunk2 titanium retainer, Skunk2 valve spring, Skunk2 H beam conrod, Skunk2 exhaust cam gear, Skunk2 ultra street intake, Skunk2 intake adapter, Skunk2 timing chain tensioner, Skunk2 header, Skunk2 76mm complete piping, Skunk2 radiator, Greddy oil cooler, Toda oil timing chain, Toda oil pump chain, Toda steering pump pulley, Toda alternator pulley, Toda oil sump, FLUI damper crankshaft pulley, WISECO 88 piston compression 13, CP Carrillo Pro A rods, M&M engine oil cap, M&M radiator cap
Transmisi / Gearbox : M Factory gear ratio 1 to 6, M Factory final drive 5.4, OS Giken Type S LSD 1way, OS Giken twin clutch
Elektronik / ECU : Hondata
Suspensi & Cesi : Adjustable Aragosta, swift spring 12K F&R, Cusco 7 point roll cage, Cusco front & rear antiroll bar, Cusco front strut bar, Cusco front under bar, Cusco seat bar, Cusco rear seat X bar, Cusco rear bar
Brek : Brembo Nascar monoblock 4pot, 340mm rotor 2pieces
Roda & Tayar : Rays TE37 Saga 17 9JJ ET22 front, Rays TE37 Saga 17 8.5JJ ET45 rear , Rays lock nut, Hankook RS4 245/40/17
Dalaman : Recaro SR7 ASM Ruby semi limited, Bride lower railing R&L, Hybrid Racing short shifter, Hybrid Racing titanium gear knob, Nardi personal leather steering, Defi BF Advanced RED 7pcs, Seekers Blue Mirror, Honda Access meter panel, Honda Access door step, Honda Access Floor light
Luaran : M&M front bumper, M&M wide fender 15MM, M&M hood carbon, M&M trunk carbon, M&M GT Wing carbon, M&M rear diffuser, M&M rear wheel Archm & M, towing hook front & rear.