Pengedar sah Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia telah mengumumkan dan mengemaskini harga terbaharu ASX Compact SUV dan Outlander SUV, seiring dengan pengumuman pengecualian cukai jualan bermula dari 15 Jun hingga 31 Disember ini.
Bagi model-model kereta yang dipasang di Malaysia (CKD), dikenakan pengurangan sebanyak 100%. Usaha ini adalah sebahagian Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) oleh kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi negara.
Berikut senarai harga baharu yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (tidak termasuk insurans untuk kenderaan persendirian di semenanjung dan Sabah dan Sarawak juga bukan untuk zon bebas cukai).