Honda Malaysia mengumumkan pengurangan harga untuk kereta keluarannya susulan pengumuman pengecualian cukai jualan (SST) oleh kerajaan. Bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD), sebanyak 100% pengecualian dikenakan, manakala untuk model import (CBU) pula sebanyak 50% ekoran Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).
Sehubungan dengan itu, Honda Malaysia telah mengedarkan senarai harga baharu yang melibatkan beberapa model terkini. Bagi model pemasangan tempatan (CKD) seperti Jazz, BR-V baharu, City, HR-V, Civic-baharu, CR-V dan Accord baharu dikurangkan di antara RM2,788.46* dan RM8,545.63*. Manakala untuk model import (CBU) seperti Odyssey dikurangkan sehingga RM9,502.47. Harga baharu ini berkuatkuasa bermula dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.
Selain pengumuman harga baharu ini, para pelanggan juga boleh menikmati tawaran istimewa bersama Honda baharu mereka menerusi kempen “Kita Bersama Deals.”
Berikut senarai baharu kereta keluaran Honda selepas pengecualian cukai jualan (SST)