Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

AMIN TAKERO’S

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/02/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Pengenalan Jazz generasi keempat di Tokyo Motor Show baru-baru ini, telah mengundang rasa bercampur baur di kalangan mereka yang into dengannya. “Apa jenis design la diorang ni buat, macam takde taste langsung,” kata Dolah Sendu yang cukup baran dengan gaya Jazz baru tuh. Ingat dia punya selera je orang kena pikir, selera orang lain mana dia tahu.

Memandangkan ia sebuah model serba baharu, perubahan yang berlaku mungkin kurang kena dengan gaya semasa. Berbanding varian Jazz terdahulu, Jazz generasi baru ini dibina lebih lembut dan comel, sesuai dengan trend mobiliti pintar. Nama pun kereta bandar. Kalau nak rasa agresif bagai, baik order Civic ketam jer.

Lembut macamana pun, pasti ada cara untuk menaikkan semula aura keras yang diinginkan. Contohnya Jazz GE milik Amin ini, yang tampil dengan gaya lebih padu berbanding kawanan yang lain. Memang kuanghajo abis, berpunca dari kit badan kembang versi Takero’s yang digunakan. Nilai hantaran yang perlu dileburkan pun boleh tahan jugak. Boleh beli 2 bijik ysuku ler kalau nak kira.

Kit badan ini meliputi keseluruhan bumper depan dan belakang, fender, skirt sisi, serta binaan arca roda yang agak kembang. Ia kemudian diadun bersama aksesori tambahan yang lain seperti spoiler GT J’s Racing, hood Mugen, lampu depan HID GE8 RS, serta lampu belakang Stellar V. Tidak kurang pentingnya penggunaan bumbung panaromik GE8, yang memberi rasa lapang di bahagian dalam.

Bagi mengelak tayar Yokohama AD08R bersaiz 205/50R-16 pada rim Volk Racing TE37 tu menggesel sisi badan, keseluruhan sistem gantungan telah digantikan dengan set suspensi boleh laras dari D2. Sementara kuasa hentian pula dimantopkan, dengan kit brek Project U pada roda depan.

Hamparan ruang enjin masih sama seperti asal. Cumanya, ia kini menggunakan enjin L15A versi JDM, yang datang dengan sistem transmisi manual 6 kelajuan. Senarai tingkat taraf mengandungi beberapa komponen penting seperti penggunaan set camshaft dan injap kustom, termasuk kerja-kerja port & polish di bahagian kepala silinder.

Suapan udara dibawa dari kit kemasukan Satisfaction, terus unit throttle body Civic R18 yang diubahsuai. Ini diikuti dengan pemasangan pam petrol Walbro, rel bahan api kustom, serta set injektor 310cc dari enjin K20A. Bagi memudahkan proses talaan, kotak ECU perlu dihubungkan kepada unit piggyback KKT Tiny 2.1 untuk penghasilan kuasa yang optimum. Sedikit perubahan turut berlaku di bahagian kotak gear, yang kini dilapik set klac rekaan kustom serta pemacu akhir 4.7.

Selain luaran, bahagian dalaman juga antara yang paling meriah untuk dinilai. Ia dimulakan dengan salinan komponen GE8 RS, lengkap bersama pengawal suhu digital. Kemudian ada panel kemasan marble dan roda stereng Momo, yang menjadi menyeri keseluruhan ruang papan pemuka. Tidak ketinggalan sepasang tempat duduk Recaro berwarna merah, padanan bar X pada pilar B dan C, serta rangkaian aksesori Mugen untuk tombol gear, karpet dan cermin belakang.

Seperti peminat JDM lain, keseluruhan sistem hiburan kini menggunakan komponen keluaran Carrozzeria. Untuk tugas kawalan dan pemantauan, senarai gajet elektronik mengandungi meter tambahan Defi, unit Defi ZD, paparan gear Ultra, juga pengawal throttle dari Shadow.

Kalau GE lama pun mampu Amin sadokan, apatah lagi Jazz generasi baru. Macamana rupanya nanti, sama-sama kita tunggu…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Zainudin Azmi @ Amin
  • Pengeluar – Honda
  • Model – Jazz GE8
  • Tahun – 2014
  • Enjin asal – L15A
  • Modifikasi Enjin – L15A JDM, camshaft & injap kustom, port & polish kepala silinder, kit kemasukan udara Satisfaction, throttle body Civic R18, pam petrol Walbro, rel bahan api kustom, injektor 310cc K20A, piggyback KKT Tiny 2.1
  • Transmisi – Kotak gear manual 6 kelajuan, set klac kustom, pemacu akhir 4.7
  • Ekzos – Paip kustom 2.5-inci
  • Luaran – Kit badan Takero’s Wide Aero Kit, spoiler GT J’s Racing, hood Mugen, lampu depan HID GE8 RS, lampu belakang Stellar V, bumbung panaromik GE8
  • Suspensi – D2
  • Brek – Kit brek Project U (depan)
  • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 16-inci & Yokohama AD08R 205/50R-16
  • Dalaman – Salinan komponen GE8 RS, panel dashboard kemasan marble, stereng Momo, tempat duduk Recaro RSG & SR7, bar X pilar B & C, tombol gear, karpet & cermin belakang Mugen, sistem audio Carrozzeria. meter Defi, Defi ZD, paparan gear Ultra, pengawal throttle Shadow
  • Bengkel – #tqsupportamin
Previous Post

SEMANIS CAKELAT

Next Post

STP & ARMORALL MALAYSIA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved