STP merupakan jenama aditif pelincir terkemuka dari Amerika Syarikat. Ia adalah singkatan kepada Scientifically Treated Petroleum dan ditubuhkan sejak tahun 1953. STP cukup terkenal kerana penglibatan mereka dalam sukan permotoran, serta sering menjadi pilihan pasukan lumba ternama seluruh dunia.
Rangkaian aditif keluaran STP meliputi hampir kesemua jenis pelincir yang diperlukan oleh kenderaan. Antaranya aditif untuk minyak enjin, penggalak petrol dan sistem transmisi. Selain itu, mereka turut menghasilkan minyak enjin pelbagai gred, minyak brek dan stereng kuasa, serta produk sampingan yang lain. Kesemua produk ini bukan saja memberi perlindungan jangka panjang yang diperlukan, malah turut membantu meningkatkan prestasi enjin kenderaan.
Maklumat berkenaan rangkaian produk ini boleh diperolehi menerusi laman web www.stp.com atau Facebook: STP Malaysia.
ArmorAll juga berasal dari Amerika Syarikat dan telah wujud sejak tahun 1962. Ia terkenal sebagai pelopor kepada produk perlindungan dan penjagaan kenderaan, sama ada untuk luaran mahupun bahagian dalaman. Hasil penyelidikan dan inovasi yang berterusan, produk-produk ArmorAll bukan saja diakui amat berkesan, tapi juga mesra pengguna dan mudah digunakan.
Rangkaian produk perlindungan dan penjagaan kenderaan ArmorAll boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti produk cucian, penggilap, pelindung, pewangi dan lain-lain. Sebagai jenama terkenal dunia, anda pasti berpuas hati dengan mutu produk yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.armorall.com atau Facebook: ARMORALL Malaysia.