­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

AD RESORT CALIFORNIA WINGROAD

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
06/05/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Jika dilihat kembali kepada sejarah, tidak ada pembuat yang yakin dengan pasaran wagon di Malaysia. Kereta Jepun cuma ada Nissan AD Resort. Saya fikir, ketidakpercayaan pasaran ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara.

Namun, itu tak bermakna tiada peluang untuk ‘main’ kereta yang tidak popular, jika negara asalnya memang ada model yang datang dengan bodykit bagus dan enjin berkuasa. Kereta yang saya maksudkan ialah Nissan AD Resort. Kereta ini pada asalnya dibina dengan matlamat menjadi sebuah operator atau kenderaan komersial berskala kecil.

Baiklah, kenapa kereta ini macam sudah tidak lagi popular? Susah nak dapat barang? Mungkin ya atau mungkin tidak. Mungkin juga sebab ada banyak sangat kereta tahun 1990-an yang orang sibuk ubah suai, sehinggakan model ini sering terlepas pandang.

AD Resort kalau dalam bentuk standard sangatlah tidak cun dan bertaraf kodi. Tetapi apabila bodypart California Wingroad dipasang, enjin yang power dimasukkan, padangan terhadapnya automatik berubah 180 darjah.

Mula-mula Shahrul Zamri Zainal Abidin a.k.a Atan Y10 menukar enjin asal AD Resort ini dahulu. Model 1.6SLX boleh dianggap sebagai canggih juga sewaktu diperkenalkan, tidaklah lemau macam Satria 1.3.

Tetapi pada zaman teknologi semuanya menggunakan enjin EFI, menggantikan enjin moden adalah lebih afdal. Maka Atan Y10 pun memilih enjin SR16 Neo VVL yang datang daripada kereta Nissan Pulsar N15. Selain daripada filter K&N, enjin kereta adalah dalam keadaan standard sepenuhnya. Pada pendapat peribadi saya, kalau nak laju janganlah pasang pada badan AD yang bertorsion beam belakang itu, pasang pada B13 barulah padan modified sampai pengsan.

Kira beruntung juga Atan Y10 kerana dapat kotak manual lima kelajuan. Kata mereka yang main kereta Nissan, agak rare juga SR16 manual. Kotak gear ini diperkemaskan dengan pelapik klac Trinity. Sebaik memecut, kereta dikawal oleh suspensi TEIN boleh laras di bahagian hadapan daripada model N14. Selain set suspensi Kayaba boleh laras daripada model Suzuki. Saya baru tahu bahawa suspensi boleh laras daripada model Suzuki guna pada kereta ini. Saya syak mungkin Swift, takkan Alto pula, betul tak?

Set brek lengkap dengan pam dan servo depan disalin daripada Neo N15. Brek belakang jenis gelendong dikekalkan kerana boleh tahan susahnya untuk memasukkan mana-mana brek cakera pada AD Resort. Dilemanya ialah sistem suspensi torsion beam yang tidak membenarkan banyak pilihan brek.

Rim yang digunakan pada kereta ini ialah Titan Racing yang bentuknya saling tak tumpah macam Gramlight 57Pro. Ia dipadankan dengan tayar Zeta bersaiz 205/50/16. Pelik betul nama tayar ni, pertama kali saya dengar. Takpelah, janji jangan tayar jenama Ling Long sudah, bunyi serupa jenama stokin wanita.

Bahagian dalaman kereta nampak seragam dengan tempat duduk dan panel pintu yang ditukar kepada model Wingroad Army USA. Pelik betul nama modelnya. Tetapi itulah hakikatnya. Orang Jepun yang kerja bahagian pemasaran sangat bangga dengan sesuatu yang bertemakan Amerika.

Sterengnya nampak cun dengan beg udara yang saya rasa cuma hiasan sahaja. Mustahil betul nak buat beg udara itu berfungsi. Tuil gearnya jenama Nardi Torino, bahagian dalaman banyak juga yang disalin daripada model Wingroad biasa spesifikasi Jepun.

AD Resort bukanlah serupa kereta lama yang boleh biar badannya standard saja. Kalau setakat direndahkan dan tukar rim, ia takkan mengubah banyak pandangan orang. Masih kelihatan seperti kereta pasar malam.

Jadi, Atan Y10 memasukkan bodykit Wingroad dan California pada bahagian hadapan dan belakang termasuklah sunroof. Malah grilnya lengkap dengan spotlight dari model apa entah. Bonet depannya ada hood protector atau car bra asli aksesori Wingroad. Warna hijau yang dilayangkan pada kereta dicuri daripada katalog warna Honda Jazz.

Apabila Bard pergi ambil gambar budak-budak kelab AD Resort, barulah saya perasan bahawa kereta ini masih unggul di mata para peminatnya.

SPESIFIKASI

      • Model: Nissan AD Resort 1.6 SLX / 1996
      • Enjin: SR16 NEO VVL, Pulsar N14, filter K&N, plug iridium.
      • Transmisi: Manual lima kelajuan, klac Triniti
      • Suspensi Hadapan: TEIN N14 boleh laras
      • Suspensi Belakang: Kayaba 8 step Suzuki
      • Brek Hadapan: N14
      • Brek Belakang: standard
      • Rim: Titan racing 16 inci
      • Tayar: Zeta 205/50/16
      • Dalaman: Tempat duduk dan panel pintu Nissan Wingroad Army USA, knob Nardi Torino dan dalaman Wingroad
      • Luaran: Bodykit Wingroad California, sunroof, car bra, warna fresh lime green Honda Jazz

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

KE30 Enjin Rotary? Ini Memang Keterlaluan!

Next Post

PERDANA ENJIN 4G63 EVO III

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved