Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PERDANA ENJIN 4G63 EVO III

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/05/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Soalnya sekarang bukan lagi jumlah. Saya rasa Perdana sudah tak semasyur empat atau lima tahun lalu. Tak pasti kenapa. Tetapi ramai kalangan kawan-kawan rapat yang dulu setia dengan Perdana, sekarang telah beralih ke kereta lain.

Perdana masih sebuah kereta yang bagus. Satu masa dahulu, model SEi pekak adalah platform paling popular kerana ia murah. Sekarang Perdana V6 pun dia orang bantai sahaja kalau nak ubah suai.

Kelebihannya ialah Perdana masih boleh lepas pinjaman di bank. Kalau badan Perdana V6, bahagian dalamannya sudah tidak perlu buat pun tidak mengapa. Lagipun, kalau memang nak tukar enjin dan kotak gear, barang-barang lama V6 ada harga apabila hendak dijual balik. V6 memang terkenal dengan kotak gearnya yang lemau itu.

Ramai mekanik kata masalah itu berpunca daripada kegagalan reka bentuk. Walaupun Mitsubishi Jepun tak pernah mengaku dan tak pernah saya tahu ada Proton buat ‘recall’ untuk model ni.

Sebab itu jugalah saya sangat menyokong kalau ada siapa-siapa yang nak main kereta ni. Tidak perlu pikir panjang, terus guna kotak gear manual sahaja. Mahal sikit tak apa janji kepala tak sakit. Kotak gear automatiknya kalau jenis rosak pasal ‘slip’ tak apa lagi. Ini tidak, jenis masuk D terus tak ada gear langsung.

Kereta Rozaidi ini adalah contoh ubah suai enjin yang agak ekstensif untuk sebuah kereta yang sebenarnya orang jarang buat upgrade enjin. Masing-masing nak kerja senang, pasang V6TT 6A12 setel. Tetapi Rozaidi mahukan sebuah Perdana yang lebih laju daripada biasa. Jadi, dia memiilih enjin 4G63 EVO III. Tidak ada masalah, mountingnya pun sama.

Enjin ini kemudian dirojakkan dengan kepala selinder daripada VR4. Bloknya dikahwinkan dengan kebuk Pajero 2.4 dengan piston yang dipakai daripada enjin 2J. Turbo asal ditukar kepada TD05 dengan aksesori wastegate turbosmart, blow-off valve Greddy dan paip custom. Intercoolernya masih Evo III punya. Intake manifold yang nampak tidak serupa original itu adalah buatan custom dari Works Engineering dan penapis udaranya berjenama HKS.

Peningkatan drastik kapasiti dan turbo bermakna ia tidak lagi makan minyak serupa Alza. Penggunaan minyaknya lebih mirip kepada Ferrari. Keperluan ini juga menyebabkan beberapa peralatan lain diperlukan seperti sebuah pam luaran Walbro, penyuntik tambahan 560cc dan sebuah regulator Tomei. Sebuah radiator custom 3 layer juga dipasangkan supaya tak menggelabah setiap kali boost meter suhu pun ikut naik.

Kuasa yang dihasilkan enjin dipetakan oleh komputer Tomei jenis berdiri sendiri. Bukan ECU tu berdiri, maksud saya ‘stand alone’. ECU ini menggantikan ECU asal. Katanya memang sedap, boost lebih tepat dan AFRnya tak pernah gagal.

Kuasa ini kemudian disalurkan ke permukaan jalan menerusi kotak gear manual lima kelajuan dengan pacuan empat roda. Tak payah pikir panjang, salin terus 4WD Eterna masuk sini. Kemudian pasang LSD Kaaz dan klac Exedy. Masuk gear satu, tekan sampai 7,000 ribu RPM, launch!

Sistem suspensi yang cemerlang dan terbilang sudah tentulah sangat diperlukan pada kereta power macam ni. Rozaidi memadankan set boleh laras SDW. Saya tidak pernah dengar pula jenama ni. Brek kereta semuanya daripada model Mitsubishi Evo III dengan pad Bendix.

Akhir sekali, rim Super Advan 17 inci dengan kelebaran lapan inci di hadapan dan sembilan inci di belakang. Tayarnya ialah Dunlop bersaiz 225/45 depan dan 235/45 di belakang.

Bahagian kokpit kereta ini amatlah kemas. Kerusinya semua Recaro. Stereng Momo Subaru tu saya tak tau pula boleh guna dalam Perdana? Atau kena ubah suai hubnya? Tuil gearnya daripada Ralliart, papan pemuka Eterna, boost meter APEXi, meter tambahan NRG dan timer APEXi. Sistem audio pula ialah Kenwood.

Bodykit kereta ialah Eterna model klon Perdana. Sebenarnya, pakai bodykit apa pun pada kereta ini tak jadi masalah. Rupanya serupa itu juga saya rasa. Kalau berani, boleh pakaikan jenis widebody tapi kena buat betul-betullah, kalau tak nampak macam mengkarung. Agak susah nak cipta benda baru sebab sedan yang besar macam ni lebih selamat dengan sentuhan minimum saja.

Benda saya paling suka pada kereta ini ialah enjinnya. Bukan sebab power membelah bumi, tetapi sebab cantik dan kemas. Kalau anda nak tau, kaedah wire tuck memang trend yang hangat sekarang.

Seronok kalau dapat bay enjin besar dan enijn yang tak berapa besar. Cuba buat wire tuck pada K-Car tengok berpeluh tak berpeluh ketiak pomen. Tetapi janganlah buat wire tuck pada Ford Ranger pula!

SPESIFIKASI

      • Model: Proton Perdana 2.0 Sei / 1996
      • Enjin: 4G63 EVO III, blok Pajero 2.4, head VR4, hi cam 272, turbo TD05, piston 2J, wastegate turbosmart, blow-off Greddy, radiator 3 layer custom, oil cooler Evo III, pam Walbro, injektor 560cc, ECU Tomei
      • Transmisi: Manual lima kelajuan, klac Exedy, LSD Kaaz
      • Suspensi: SDW boleh laras
      • Brek: Evo III pad Bendix
      • Dalaman: tempat duduk Recaro, papan pemuka Eterna, stereng Momo Subaru, audio Kenwood, custom trim carbon, meter boost APEXi, timer APEXi, meter tambahan NRG
      • Luaran: Bodykit Eterna, sunroof Toyota
      • Warna: Pearl white dengan custom decals

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

AD RESORT CALIFORNIA WINGROAD

Next Post

MAZDA GENERASI BG

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved