Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KE30 Enjin Rotary? Ini Memang Keterlaluan!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
01/05/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Corolla E30 ini mungkin sangat melampau bila dipasangkan dengan enjin Mazda rotary 13B. Jarang dibuat orang dan saya tak fikir ramai yang sanggup buat hingga ke tahap ini. Enjin rotary 13B pada KE30 mungkin sudah jadi benda biasa. Tetapi pada model E30 dengan casis yang tua, takut tercabut pula enjin bila pecut nanti.

Kalau hati sudah suka dan duit bukan penghalang, modifikasi begini umpama permata. Bukan main masuk macam itu sahaja. Sebaliknya ia dimasukkan dengan kemas dan sangat cantik berbanding sebuah projek yang saya tengok semalam. Pada hal plug & play sahaja pendawaiannya tetapi dia punya serabut rasa macam nak lempang owner pun ada.

Kereta Toyota Corolla KE55R CS Sedan ini tergolong dalam keluarga E30 tetapi lebih popular disebut sebagai KE30. KE30 mempunyai banyak varian seperti coupe, hardtop, sport coupe, wagon, malah versi van pun ada (di Jepun lah).

Masa kereta ini mula-mula dikeluarkan dahulu, ia menjadi Corolla paling berjaya di pasaran Amerika Syarikat. Kecil, ekonomikal, tidak banyak kerenah dan minyaknya super jimat. Waktu itu krisis minyak sedunia sedang melanda dan orang sudah tidak terima idea gila enjin V8 atau kereta muscle yang pelahap petrol.

30 tahun selepas itu, Abdul Manaf bin Junoh yang menampilkan idea lebih baik. Jimat mana sangatlah kalau dah pakai enjin motobot ini dengan meletup-letup bunyi ekzosnya. Kalau boleh saya nak dengar enjin ni idle (melahu) tiap-tiap pagi!

Modifikasi paling penting pada kereta ini ialah ekzos 5Zigen. Kalau dah nama enjin rotary, mesti pasang ekzos yang boleh mengejutkan orang satu pekan barulah gempak. Apabila enjinnya ialah 13B N/A (aspirasi biasa), lebih memekak lagi bunyinya apabila buat paip ekzos salur terus.

Enjin ini langsung tidak diusik. Pasang paip stainless steel, hos Samco dan penapis udara K&N sudah. Intercooler pun tak nampak belakang bumper krom tu. Eh lupa, kalau dah NA mana nak ada intercooler. Modifikasi penting ialah gandar belakang dengan bahan kitar semula Mitsubishi Lancer A174 dengan LSD. Ada lagi, klac dia guna Twinplate OS Giken!

Apabila kereta dah laju suspensi mestilah berada dalam kondisi cemerlang. Kereta ini masa dijual dulu untuk pergi pasar dan cikgu pergi sekolah. Maka mustahil nak guna suspensi yang asal. Abdul Manaf kemudian memasang set suspensi boleh laras TRD depan belakang. Rim replika Enkei RS Evolution itu 17 inci saiznya. Nampak besar betul pada kereta ni. Tayarnya ialah Falken Ziex 215/40 depan dan 215/45 Continental di belakang.

Satu lagi faktor bunuh diri pada projek hibrid sebegini adalah jika breknya tidak ditukar. Sedar bahawa keretanya yang laju mesti diperlahankan dengan cepat, Abdul Manaf kemudian memasang brek FD Efini depan dan belakang. Selesai masalah.

Kalau anda rasa projek begini caca marba, harap enjin dan body saja yang terjaga memang anda silap. Bahagian dalaman dikemaskan dengan sepasang seat Recaro merah hitam yang telah dibalut semula. Papan pemuka di trim semula dengan pelekat karbon. Sementara meter asal FD ditanam dalam casis dengan kelongsong asal KE55 dibiarkan pada posisinya. Bijak, kan?

Benda lazim yang orang buat pada kereta old skool ialah fender flare supaya lebih ‘Shakotan’ (OK ni tak ada istilah dalam Bahasa Melayu). Di Jepun bukan main popular lagi, tetapi KE55 ini lebih kepada restorasi standard kilang. Tanpa rim, kereta ini mungkin nampak macam KE55 cikgu pencen.

Kemasan akhirnya ialah warna kuning Ferrari yang nampak lain sangat sebab kuningnya begitu terang. Bukan saja catnya yang kemas, tetapi kerja restorasi badannya juga memang cemerlang.

Bukan senang nak buat balik kuda tua pada tahap begini. Perlu sabar, bagi kerja pada mekanik dan tangan yang betul. Kalau jenis mekanik tahunya cuma nak untung, jangan haraplah kereta boleh siap seminggu dua!

Sekarang bila kira balik semua bil, susah nak terima kenyataan bahawa banyak duit dah habis. Baiklah, kalau anda gila kamera, ada orang yang sangat taksub dengan dunia filem 35mm dan belanja melampau-lampau banyaknya. Kerja lebih susah kalau banding beli terus MK IV. Tapi inilah realiti hidup. Kalau semua nak kerja senang macam mana kami nak cari makan?

SPESIFIKASI

      • Model: Toyota Corolla KE55 / 1987
      • Enjin: 13B Mazda RX7 rotary NA, penapis udara K&N, stainless steel piping, hos Samco, ekzos straight piping, 5Zigen muffler.
      • Transmisi: Manual 5 kelajuan, axle Lancer GSR A174, klac OS Giken twin plate.
      • Suspensi: TRD boleh laras
      • Rim: Replika Enkei RS Evolution 17
      • Tayar Depan: 215/40 Falken
      • Tayar Belakang: 215/45 Continental
      • Dalaman: Meter FD, seat Recaro re trimmed merah hitam, audio Pioneer.
      • Luaran: Standard, fully restored KE55. Warna kuning Ferrari

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

SUBARU FORESTER SF5

Next Post

AD RESORT CALIFORNIA WINGROAD

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved