Komuniti Swift Gang telah menganjurkan acara Swifter Day Out 2018 (SDO 2K18) pada 29 Disember yang lalu, bertempat di kawasan letak kereta LRT Glenmarie. Ia sebagai kemuncak kepada siri jelajah Swift Gang Road Tour 2018, yang diadakan di Pulau Pinang, Terengganu dan Johor sebelum ini.
Para peserta mula berkumpul pada jam 5.00 petang. Hampir 200 buah Suzuki Swift hadir menjayakan acara ini. Mereka terdiri daripada beberapa kelab dan komuniti yang aktif seperti Swift Club, SL Swifter, Kel Swift, The Bad Swifter, Swift Club Kajang, Melaka Swift Community, Southern Swifter, Delegasi Swift Utara, MySuzi, Swift Terangganu, termasuk kumpulan peserta dari Singapura.
Selain berkumpul dan meninjau kereta-kereta yang mengambil bahagian, pihak penganjur turut mengadakan aktiviti sampingan seperti permainan, kuiz, cabutan bertuah, serta penyediaan gerai pameran dan jualan. Acara juga dimeriahkan dengan pertandingan autoshow yang dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya Best JDM yang dimenangi oleh Megat Syafique, Best Engine Bay – Ahmad Sufi, Best Mods – Firdaus Hazmi, Best Rare Swift – Mohd Kamil Zulkepeli, serta Liow Bor Ruey untuk pemenang hadiah misteri.
Terima kasih diucapkan kepada 50 Hothatch Enthusiast, Genuine Auto Service, Pakar Suzuki, Rahman Brothers, RS Wrap, Fineworks Garage, Sai Heng Autoparts, Strider’s Garage, D.O.T Eyewear, Philips 66 Lubricants, KW, Revol, Shaun CF Parts, Ampro Shop, Kasor Detailing, dan Minmax Armrest, selaku penaja bersama. Tidak lupa juga kepada semua Swifter yang mengambil bahagian, serta krew SDO 2K18 yang bertungkus lumus memastikan kelancaran acara ini.
Foto: Last Hope