Honda Civic Meet Day 2018 telah berlangsung dengan jayanya di Tanjung Malim, Perak pada 24 November yang lalu. Edisi kelima ini menerima sambutan luar dugaan, apabila disertai hampir 1300 buah Honda Civic pelbagai model dari 35 buah kelab pemilik seluruh negara. Antara yang terlibat adalah EGCC, MHCC, CFCC, GHCC, SSZ_One, EK4D, Family Honda Civic, Temerloh Honda Crew, FD Putih, Team Sewel, TeamK Kajang Crew, Team L, Honda Civic Utara, EFCM, EG4D Civic Run, Dolpin Ferio Civic Club, North Event Crew, Queen FD, Kanjozoku KZ4, TMCC, HMC Manjung, CGC dan lain-lain.
Kesempatan berkumpul digunakan para peserta untuk menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim. Peluang ini juga diambil untuk meninjau barisan jentera yang mengambil bahagian. Walaupun berlangsung dalam tempoh yang singkat, beberapa aktiviti lain turut diatur seperti pertandingan autoshow, jualan produk, cabutan bertuah, serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak tahfiz Nur Ramadhan, Tanjung Malim.
Dianjurkan oleh Team L Civic, acara ini turut dibantu Jebon Global Trading, Sudu Kuning, Ray Lelumba Garage, Roslie Water Transfer, Wandy Exhaust, Polmo, CTK Garage dan MB Garage selaku rakan penaja. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian. Semoga kemeriahan acara ini dapat diteruskan lagi pada penganjuran akan datang.
Laporan: Yoi Ah Kaw