Untuk tahun kedua berturut-turut, Pahang Truckez telah menganjurkan perlumbaan Diesel Drag Event bertempat di Litar Drag Pekan Speedway pada 13 Jun yang lalu. Seperti sebelumnya, ia menerima sambutan yang amat menggalakkan khususnya di kalangan pemilik jentera 4×4 seluruh negara, termasuk pasukan dari negara jiran Thailand.
Sedikit kelainan ditampilkan pihak penganjur, yang mengadakan sesi perhimpunan di sebelah pagi. Ia diteruskan dengan perlumbaan drag pada sebelah belah petang, dan dibahagikan kepada 8 kategori utama. Beberapa acara sampingan turut diadakan seperti cabutan bertuah, yang menawarkan unit turbo GReddy F55 sebagai hadiah utama.
Melihat kepada sambutan yang diterima, pihak penganjur bercadang untuk menjadikan Diesel Drag Event ini sebagai acara tahunan. Justeru cadangan dari semua pihak amat dialu-alukan, untuk menambahbaik perjalanan acara ini pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Prospeed Malaysia Dragster selaku penaja utama serta penaja bersama yang lain. Terima kasih juga kepada para peserta yang mengambil bahagian, serta semua yang terlibat sepanjang acara ini berlangsung.
Foto: Raziman Sipico