Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

THAT ‘70s SHOW

Saiful by Saiful
15/10/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Jujurnya, Toyota Corolla KE70 bukanlah sebuah model yang rare sesangat. Ia hanya sebuah kereta kebanyakan yang memenuhi keperluan pasaran, sebelum kedudukannya diambil alih oleh model tempatan. Menariknya, ketika pesaing lain mula beralih kepada konfigurasi pacuan depan, KE70 masih kekal dengan pacuan belakang yang menyeronokkan.

Jumlah yang banyak, juga antara sebab mengapa ia dilihat terlalu biasa. Kalau sempat bertandang ke acara kereta lama, memang inilah yang akan mendominasi tapak acara. Begitu juga halnya dalam sukan derip. Kerana kos binaannya yang murah, KE70 sering menjadi pilihan khususnya di kalangan mereka yang baru nak jinak-jinak.

Yang menjadikan sesetengah darinya berbeza dan lebih istimewa adalah senarai naik taraf yang dilakukan. Contohnya kereta milik Pizan ini yang pada hemat mata, nampak jauh lebih sasa dan bertenaga. Puncanya datang dari kit fender TRD N2 yang digunakan. Kalau tak silap, asalnya untuk Starlet KP60. Bila dilekatkan pada badan kereta ini, agak canggung jugalah jadinya. Perubahan lain melibatkan penggunaan bumper depan dan belakang KE70 versi JDM, tambahan lip dan splitter kustom, serta cermin sisi kustom yang agak capang.

Naik taraf kuasa KE70, biasanya menggunakan enjin 4A-GE dari Toyota AE86. Dengan kuasa sekitar 120hp, ia hampir sekali ganda berbanding enjin 4K asal. Tapi keadaan tersebut tidak berlaku pada kereta ini. Sebaik hoodnya dibuka, tersergam enjin jenis 3S-GE BEAMS yang sepatutnya ada pada sebuah Altezza.

Enjin baru ini tidak dibiarkan bekerja begitu saja. Beberapa kerja naik taraf turut disediakan bagi menaikkan lagi kuasanya. Paling jelas kehadiran unit throttle ITB dari enjin 4A-GE Silver Top, bersama set trumpet aloi keluaran Red Sun.

Bekalan bahan api dimulakan dengan pam dalam tangki Denso. Ia dihubungkan ke tangki surge kustom yang mengandungi sebuah pam luar Magneti Marelli sebagai pendesak. Suntikan ke kebuk pembakaran diserahkan kepada set injektor 310cc, manakala proses kawalan tekanan diselia oleh unit regulator Arospeed. Membolehkan keupayaan enjin ini kekal di tahap optimum, ia kini ditala dengan unit ECU Adaptronic E420D.

Kotak gear datang dengan transmisi manual 6-kelajuan yang dilapik plet klac Exedy dan flywheel dari Toda. Manakala pacuan akhirnya dihubungkan kepada longshaft dan axle LSD dari Toyota AE86.

Bila dah agak laju, sistem brek perlu dinaik taraf dengan komponen yang sepadan. Apa yang dimaklumkan, ia kini dilengkapi brek Nissan Silvia S15 di ruang depan dan brek Toyota AE85 untuk belakang, termasuk pad brek berkualiti Project Mu. Memandangkan ia sering terlibat dalam sukan pusing trek, sistem pengendalian juga menerima perubahan yang sepatutnya. Meminjam set suspensi Buddy Club Junior Spec milik Silvia S15, ia turut dibantu bar antiroll Cusco untuk depan dan belakang, serta rangkaian bar penstabil dari Ultra Racing. Tidak ketinggalan penggunaan rim Enkei CPS 15-inci, serta tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 195/50R-15.

Nama jer main trek. Tapi persembahan dalaman, masih lagi elok berbanding usia sebenar. Sebahagian besar komponen asal juga, masih dikekalkan seperti papan pemuka, pilar, panel pintu dan tempat duduk belakang. Rangkaian komponen lain terdiri daripada sepasang tempat duduk Bride, stereng Nardi Torino, tombol gear TRD, pemasa enjin HKS Type 1, meter tambahan aftermarket, serta set rollcage Evo III yang diubahsuai.

Gaya persembahan kereta ini, mungkin tak kena dengan ritma kebanyakan. Tapi apa yang ditawarkan, pastinya sebuah jentera yang menyeronokkan…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Ahmad Farizan Jesni (Pizan)
  • Pengeluar – Toyota
  • Model – Corolla KE70 GL
  • Tahun – 1982
  • Enjin asal – 4K 1.3-liter
  • Modifikasi enjin – 3S-GE BEAMS, throttle ITB 4A-GE Silver Top, trumpet aloi Red Sun, pam petrol Denso & Magneti Marelli, tangki surge kustom, injektor 310cc, regulator Arospeed, tangki petrol Toyota AE86, tangki perangkap minyak Cusco, ECU Adaptronic E420D
  • Transmisi – Kotak gear manual 6-kelajuan, plet klac Exedy, flywheel Toda, longshaft & axle LSD Toyota AE86
  • Ekzos – Manifold ekzos 4-2-1, paip kustom 2.5-inci, muffler Apexi N1
  • Luaran – Kit fender TRD N2, bumper KE70 JDM, lip & splitter kustom, cermin sisi kustom
  • Suspensi – Buddy Club Junior Spec Silvia S15
  • Brek – Nissan Silvia S15 (depan), Toyota AE85 (belakang), pad brek Project Mu
  • Rim & Tayar – Enkei CPS 15-inci & Bridgestone Potenza RE003 195/50R-15
  • Dalaman – Tempat duduk Bride, stereng Nardi Torino, tombol gear TRD, pemasa enjin HKS Type 1, meter tambahan aftermarket, rollcage Evo III kustom
  • Bengkel – Olskool Garage, Iskandar Bodywork, Amat IRF, Sheng Zhun Tyre, Awwam Tuning, PGS Dynotune
Previous Post

EDISI MR

Next Post

DIESEL DRAG EVENT 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved