Rain Forest Challenge (RFC) merupakan kejohanan sukan lasak 4×4 yang diiktiraf sebagai antara 10 perlumbaan paling mencabar di dunia. Sejak diperkenalkan pada tahun 1997, ia sentiasa mendapat perhatian pasukan terhebat dalam dan luar negara, yang ingin menguji ketahanan dan keupayaan mereka mengharungi cabaran sukar ini.
Antara pasukan yang aktif menyertai kejohanan RFC adalah Team Maxxis 4×4 Malaysia. Selain membentuk semangat berpasukan, ia menjadi medan terbaik kepada barisan penaja, untuk menguji kemampuan produk pada jentera yang digunakan. Bagi Maxxis Malaysia, RFC merupakan platform terbaik untuk membangunkan tayar jenis mud terrain, seperti siri Maxxis M9060 Mud Trepador yang digunakan dalam kejohanan ini.
Sehingga kini, Team Maxxis 4×4 Malaysia merupakan satu-satunya pasukan yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan RFC bagi tiga tahun berturut-turut. Kejayaan mereka memenanginya untuk tahun 2015, 2016 dan 2017 adalah pencapaian yang cukup membanggakan dalam sejarah kejohanan ini selama 21 tahun.
Ketika ini, Team Maxxis 4×4 Malaysia sedang memberi tumpuan kepada acara Borneo Safari International Offroad Challenge yang akan berlangsung di Sabah pada 28 Oktober ini. Terima kasih kepada Maxxis Malaysia, Kian Hon Tyres, Bendix Malaysia, Milwaukee Tools, Raptor, Mechanix Gloves, Tough Dog Suspension, Eurol dan Cayote Enterprise, atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan selama ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Team Maxxis 4×4 Malaysia dan siri tayar mud terrain terkini dari Maxxis, layari laman Facebook: Maxxis 4X4 Club / Maxxis Malaysia / Kian Hon Tyres.
Kian Hon Tyres Sdn Bhd
2-39, Jalan SU8 (Lion Industrial Park),
Taman Perindustrian Subang Seksyen 22,
40300, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: 03-5192 8680
FB:www.facebook.com/Maxxis4x4Club/
FB: www.facebook.com/KianHon.my/
Insta: www.instagram.com/csttiresmalaysia/
Website:www.kianhon.com.my/index.html