Sistem transmisi merupakan salah satu komponen penting pada kenderaan, tanpa mengira sama ada ianya sebuah kereta kompak dari segmen A atau sebuah hypercar berprestasi tinggi. Dibina hasil gabungan siri gear, shaft, plet geseran dan peranti cecair, kotak transmisi membantu pergerakan kenderaan dengan menerjemahkan kuasa enjin terus ke permukaan jalan.
Sejak 30 tahun lalu, transmisi manual lebih mendapat tempat memandangkan pergerakan transmisi automatik yang tidak begitu lancar. Hari ini, keadaan tersebut jauh berbeza di mana teknologi transmisi automatik telah dipertingkatkan. Kini transmisi automatik boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik, misalnya kotak transmisi klac berkembar (DSG) yang mampu menggantikan transmisi manual kerana kecekapan dan responnya yang pantas.
Peningkatan jumlah kenderaan hybrid sebagai kereta penumpang juga menyaksikan lonjakan besar dalam teknologi sistem transmisi. Ia berintegrasi dengan motor elektrik, sebelum dihubungkan ke bahagian enjin. Teknologi ini merupakan sesuatu yang baru dan mana-mana syarikat yang bertindak sebagai pihak ketiga, perlu bijak menghadapi cabaran ini bagi membolehkan mereka bersaing, mengikut trend milikan kenderaan yang sentiasa berubah.
Salah sebuah syarikat yang memahami dinamik dunia automotif ini adalah SF Soon Fong Auto Parts Trading Sdn Bhd, yang telah menjalankan perniagaan sejak tahun 1989. Sebagai pakar sistem transmisi kenderaan, SF Soon Fong ada menyediakan rangkaian kotak transmisi yang sudah dibaik pulih, selain bertindak sebagai wakil pengedar untuk kotak transmisi baru, pusat servis, serta menjual komponen kenderaan terpakai.
SF Soon Fong menjalankan ujian diagnostik percuma, untuk pemeriksaan sistem transmisi kenderaan pelanggan. Ia meliputi ujian badan injap, ujian dinamik, ujian injap solenoid dan pemeriksaan karat, sekaligus memastikan tahap operasi yang sempurna. Bagi memudahkan urusan para pelanggan, mereka turut menyediakan khidmat trak tunda sehingga 50km, selain kemudahan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Walaupun dilengkapi kemudahan dan teknologi terkini, SF Soon Fong masih menggunakan khidmat juruteknik berpengalaman dalam bidang ini untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Mereka boleh menyelesaikan tugas pembaikan dalam masa sehari atau penghantaran pada hari yang sama untuk mengurangkan masa pelanggan. Malah perlaksanaan ujian kualiti yang ketat, akan memastikan produk yang dibekalkan mampu bertahan dalam tempoh waktu yang lama.
Apa yang membezakan SF Soon Fong dengan syarikat OEM ialah, senarai khidmat tambahan yang disediakan. SF Soon Fong juga menawarkan harga yang lebih berpatutan berbanding sebut harga yang diberikan oleh pusat servis OEM. Selain itu, SF Soon Fong turut memberi jaminan selama enam bulan, tanpa mengira sama ada kotak transmisi tersebut merupakan komponen baru atau sudah dibaik pulih.
SF Soon Fong sedar yang teknologi kenderaan telah meningkat dengan pantas dan ia merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan. Mereka telah menyelenggara sistem transmisi kenderaan hybrid sejak tahun 2017, sebelum mula mengembangkan kemahiran ke arah kenderaan elektrik dan hybrid moden.
Jika anda ingin memeriksa, menyelenggara atau menggantikan sistem transmisi kenderaan, kunjungi SF Soon Fong di alamat No.1, Jalan Tamin Jaya, Off Jalan Balakong, 43300 Balakong Selangor, atau menerusi koordinat GPS 3.024666, 101.736155. Anda juga boleh hubungi mereka di talian 03-8961 6989, email ke sfsoonfong@gmail.com atau layari Facebook SF Soon Fong Gearbox Specialist Malaysia untuk maklumat lanjut.
SF Soon Fong
No.1, Jalan Tamin Jaya, Off Jalan Balakong,
43300 Balakong Selangor
Tel: 03-8961 6989
Email: sfsoonfong@gmail.com
FB: www.facebook.com/sfsoonfong/
Website: http://www.sfsoonfong.com/