Sumec Tyre Group merupakan syarikat yang mengusahakan perniagaan rim dan tayar untuk pelbagai jenis kenderaan. Sehingga kini, mereka telah memiliki 4 cawangan utama iaitu Sumec Auto Car Care Center Sdn Bhd dan Sumec Tyre (Cheng) Sdn Bhd di Melaka, serta Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd dan Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd di Selangor.
Ketika ini, Sumec Tyre Group merupakan wakil pengedar untuk tayar jenama Federal, Lassa dan Petlas. Selain pilihan rim yang pelbagai, kesemua cawangan Sumec Tyre Group turut menawarkan khidmat servis berkala untuk minyak enjin, brek, suspensi dan lain-lain. Bagi pelanggan yang pentingkan aspek prestasi, mereka juga boleh mendapatkan rangkaian produk berkualiti seperti set suspensi AR Racing atau bar penstabil Ultra Racing di sini.
Sebagai tambahan, Sumec Tyre Group turut menawarkan skim ansuran mudah untuk pembelian produk yang pertama seumpamanya. Menerusi kemudahan ini, pelanggan yang berkelayakan boleh memiliki komponen yang diinginkan pada harga berpatutan tanpa perlu menunggu lama.
Kesemua cawangan Sumec Tyre Group juga dilengkapi peralatan serba moden dan terkini, sekaligus membolehkan mereka memberi tumpuan kepada semua jenis kenderaan termasuk kereta mewah dan berprestasi tinggi. Dibarisi tenaga kerja berkemahiran, anda pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Rangkaian premis Sumec Tyre Group boleh dikunjungi di alamat tertera, atau layari laman Facebook setiap cawangan untuk tawaran dan promosi terkini.
Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd
No.2, Jalan Sungai Burung W32/W, Bukit Rimau Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.
Tel: 012-521 0092
Facebook: Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd
Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd
No. 14, Jalan 6/10, Kawasan Perusahaan Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 016-950 9533
Facebook: Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd
Sumec Auto Car Care Center Sdn Bhd
No.67, Jalan MP18, Taman Merdeka Permai, 75350 Batu Berendam, Melaka.
Tel: 017-668 9160
Facebook: Sumec Auto Car Care Center Sdn Bhd
Sumec Tyre (Cheng) Sdn Bhd
No. 30-1 Jalan PRB2, Taman Paya Rumput Bestari, 76450 Melaka.
Tel: 019-655 0589
Facebook: Sumec Tyre (Cheng) Sdn Bhd