CST Tires Malaysia menerusi pengedar tunggalnya Kian Hon Tyres Sdn Bhd, ingin memperkenalkan dua jenis tayar yang kian mendapat tempat di kalangan pengguna tempatan. Kedua-duanya merupakan produk global yang telah dipasarkan ke seluruh dunia. Pengenalan ini akan memberi lebih pilihan, khususnya kepada mereka yang mahukan tayar berkualiti pada harga berpatutan.
CST CRUCERO CS889
Tayar ini direka untuk kenderaan penumpang kebanyakan dengan pilihan saiz popular. Ia menggabungkan elemen keselesaan dan ketahanan, menerusi rekaan bunga yang tersendiri.
Bahagian tengah memiliki rib pejal yang membantu kestabilan sewaktu pecutan atau ketika mengambil selekoh. Manakala blok lurus di bahagian sisi, membantu mengurangkan bunyi hingar atau pemakaian tidak sekata. Rekaan bunga tanpa arah berjaya mengurangkan kadar rintangan sekaligus menjadikan Crucero CS889 sesuai untuk semua keadaan.
CST Crucero CS889 mematuhi standard UTQG 460 A A dan boleh didapati dalam saiz 14-16 inci.
CST SAHARA MT II
Bagi pemilik trak dan pacuan 4 roda, anda boleh mencuba tayar CST Sahara MT II yang direka khas untuk kegunaan lasak. Ia memiliki rekaan bunga yang agresif untuk prestasi cengkaman yang maksimum.
Rekaan blok jenis 3D berupaya menambah kekuatan dan ketahanan tayar. Ia turut membantu mengurangkan peningkatan suhu dan memanjangkan jangka hayat tayar. Tambahan blok dan alur di bahagian sisi pula dapat menghalang lekatan lumpur, sekaligus mengurangkan risiko tersekat ketika mengharungi permukaan yang mencabar.
CST Sahara MT II dikecualikan dari peraturan R117 dan boleh didapati dalam saiz 15-17 inci.
Kian Hon Tyres Sdn Bhd
2-39, Jalan SU8 (Lion Industrial Park),
Taman Perindustrian Subang Seksyen 22,
40300, Shah Alam, Selangor, Malaysia,
Tel: 03-5192 8680
Website: www.csttires.com,
Facebook: CST Tires Malaysia,
Instagram: @csttiresmalaysia,