Lancer GT Club Malaysia (LGTC) yang bernaung secara rasmi di bawah Mitsubishi Motor Malaysia, telah mengadakan acara himpunan tahunan kali ke 11 bertempat di Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang pada 30 November hingga 2 Disember yang lalu.
Sebagai sebuah kelab yang aktif, sambutan diterima amat menggalakkan apabila disertai hampir 200 orang ahli kelab dari seluruh pelusuk negara. Mereka turut menunjukkan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, perlumbaan drag, majlis makan malam dan lain-lain
Acara ini berjaya dilaksanakan hasil sokongan Mitsubishi Motor Malaysia, yang saban tahun bertindak selaku penaja utama. Selain itu, mereka turut mendapat tajaan dari beberapa pihak seperti Rymax Lubricants, K1 Exhaust Specialist, Warung Tepian Lobster, HIA Niaga, Pakelo Lubricants, serta lebih 30 vendor yang lain.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian. Semoga kerjasama seperti ini, akan diteruskan lagi pada masa hadapan.