Sebagai tanda sokongan, K1 Exhaust Specialist telah mempelawa Triton Tuners Club Malaysia untuk mengadakan sesi foto bersama di Putrajaya pada 5 Ogos yang lalu. Seramai 33 orang ahli TTCM bersama jentera masing-masing telah mengambil bahagian, bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin selama ini.
K1 Exhaust Specialist sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan mana-mana kelab dan komuniti permotoran yang aktif. Menerusi program penajaan yang dilaksanakan, mereka kini lebih dikenali dan menjadi tumpuan penggiat permotoran untuk mendapatkan khidmat pemasangan dan pengubahsuaian sistem ekzos yang profesional. Melihat kepada sambutan yang diterima, K1 Exhaust Specialist berhasrat untuk memanjangkan sesi foto bersama seperti ini kepada kelab dan komuniti permotoran lain pada masa hadapan.
Sebagai pakar dalam kerja naik taraf dan pengubahsuaian sistem ekzos kenderaan, K1 Exhaust Specialist sentiasa menawarkan rangkaian produk yang pelbagai, sama ada untuk tujuan kosmetik atau prestasi mengikut kehendak dan citarasa pelanggan. Selain itu, mereka turut terlibat dalam sukan permotoran seperti perlumbaan trek, gymkhana dan rali, dengan menyediakan sistem ekzos yang khusus untuk beberapa jentera yang mengambil bahagian.
Kepada yang berminat, anda boleh kunjungi K1 Exhaust Specialist di No. 29, Tingkat Bawah, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Mereka juga mempunyai cawangan di No. 7, Jalan Cempaka 28, Pusat Perniagaan Cempaka Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
Hubungi Ken (019-669 2451) / Nam (017-939 6686) atau layari Facebook: K1 Exhaust Specialist untuk maklumat lanjut.
K1 Exhaust Specialist (Bandar Baru Bangi)
No.29, Ground Floor, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian,
Bandar Baru Bangi, 43650, Kajang, Selangor, Taman Kajang Impian,
43650 Kajang, Selangor
Whatsapp: 019-669 2451 (KEN)
K1 Exhaust Specialist (Senawang)
No.7, Jalan Cempaka 28,
Pusat Perniagaan Cempaka Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Whatsapp: 019-669 2451 (KEN) , 017-939 6686 (NAM)