Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI TRITON SERBA BAHARU

Saiful by Saiful
15/04/2019
in BULETIN

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan model Triton serba baharu (generasi kelima) untuk pasaran tempatan. Sejak diperkenalkan lebih 40 tahun lalu, ia telah melalui fasa revolusi yang mengkagumkan, bukan saja dari segi keupayaan kejuruteraan tapi turut memenuhi keperluan semasa pelanggan. Dengan konsep ‘Engineered Beyond Tough’, ia kini bermatlamat untuk menyediakan sebuah kenderaan yang bakal menjadi penetap trend, lasak, serta selamat.

Triton serba baharu dikuasakan oleh enjin turbo diesel MIVEC 2.4 liter dengan blok aluminium untuk kecekapan dan prestasi optimum. Ia mampu menjana 181 PS kuasa dan 430 Nm tork, sebelum disalurkan ke bahagian roda menerusi transmisi automatik 6-kelajuan baharu. Selain menambah baik kecekapan dan fleksibiliti pemanduan, ia turut menawarkan tukaran gear yang lebih lancar.

Triton baharu dilengkapi sistem Super-Select 4WD II, yang dibangunkan daripada pengalaman berdekad Mitsubishi dalam sukan lasak seperti Rali Dakar. Sistem pintar ini memberi cengkaman optimum dan perwatakan pengendalian pada semua jenis permukaan. Ia memiliki mod off-road baharu yang mampu meningkatkan keupayaan pada permukaan berbeza seperti jalan kelikir, lumpur, pasir dan batuan. Apabila diaktifkan, mod off-road ini akan menguruskan kuasa enjin, transmisi dan brek untuk prestasi yang optimum.

Triton serba baharu ini mempunyai kerangka jenis ladder yang teguh, serta struktur keselamatan berimpak tinggi untuk lebih perlindungan. Ia disokong oleh sistem keselamatan aktif berdaya maju, merangkumi sistem Forward Collision Mitigation yang boleh mengesan kenderaan di hadapan, Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist yang membantu mengelak pelanggaran semasa menukar lorong, Rear Cross Traffic Alert yang mengimbas keadaan semasa mengundur, Ultrasonic Misacceleration Mitigation System bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat salah pemecutan semasa bergerak, dan lain-lain.

Triton baharu menggabungkan evolusi bahasa rekabentuk dipanggil Mitsubishi Motors Dynamic Shield. Ia kini kelihatan lebih bertenaga dengan garisan hood lebih tinggi serta rekaan lampu dan bamper lebih garang. Penerapan rekabentuk ikonik J-Line bukan saja membolehkan pengendalian luar biasa, malah tidak menjejaskan ruang kabin atau ruang barang yang diperlukan.

Pengayaan ruang dalaman mencetuskan rasa sporty dan moden. Penggunaan material lembut dengan sulaman dwi-jahitan, memberi nilai dan rasa lebih premium. Ciri tambahan lain termasuklah sistem audio pintar, stereng pelbagai fungsi, pengecas tambahan, serta salur pendingin hawa untuk ruang belakang.

Triton baharu ini diimport sepenuhnya sebagai kenderaan pasang siap dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand. Terdapat 5 varian yang ditawarkan iaitu Triton Adventure X (RM135,200), Triton AT Premium (RM118,600), Triton MT Premium (RM112,500), Triton AT (RM105,990) dan Triton MT (RM100,200). Sila kunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

Previous Post

TOKYO AUTO SALON 2019

Next Post

DAR-MUSC MALAYSIA DRAG RACING CHAMPIONSHIP ROAD TOUR 2019

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved