Memulakan perniagaannya sejak 5 tahun lalu, K1 Exhaust Specialist merupakan pusat sehenti yang menyediakan khidmat pemasangan dan pengubahsuaian sistem ekzos untuk kenderaan anda. Dibarisi tenaga kerja berkemahiran, kerja-kerja fabrikasi yang dilakukan sememangnya kemas dan teliti bagi menjamin kepuasan pelanggan.
K1 Exhaust Specialist menawarkan rangkaian produk yang pelbagai mengikut kehendak dan citarasa pelanggan. Ia meliputi hampir kesemua model kenderaan, sama ada untuk tujuan kosmetik mahu pun prestasi. Sebagai pilihan, pelanggan juga boleh mendapatkan produk bermutu tinggi dari jenama terkenal.
Tidak hanya tertumpu kepada pelanggan semasa, K1 Exhaust Specialist juga terlibat dalam sukan permotoran seperti perlumbaan trek, gymkhana dan rali. Bagi tujuan tersebut K1 Exhaust Specialist telah bekerjasama dengan beberapa orang pelumba, untuk menyediakan sistem ekzos yang khusus pada jentera yang mereka gunakan.
Menurut Muhammad Fadzli Amri (Ayie Putrajaya) yang mewakili pasukan Gemilang Motorsports, kedua-dua jentera mereka iaitu Proton Satria dan Proton Savvy dilengkapi sistem ekzos rekaan K1 Exhaust Specialist. Ia dibina mengikut spesifikasi tertentu sesuai dengan keupayaan jentera. Hal ini membantu menghasilkan hantaran kuasa yang baik serta prestasi optimum semasa di litar. Kedua dua jentera ini juga telah memenangi pelbagai perlumbaan khususnya di peringkat grassroot.
Pendapat yang sama turut disokong Mohd Fadly Hashim (The Racing Lawyer) dari FleetOil Racing Team. Beliau yang aktif berlumba dalam sukan trek dan gymkhana, turut menggunakan sistem ekzos rekaan K1 Exhaust Specialist. Prestasi yang ditawarkan membolehkan beliau memenangi beberapa pelumbaan yang disertainya sebelum ini.
Seorang lagi pelumba yang menggunakan sistem ekzos rekaan K1 Exhaust Specialist ialah Muhammad Khairul Nizam Yaacob (Rellik Niezarm) juga dari FleetOil Racing Team. Menyertai Malaysia Rally Championship (MRC) tahun lalu, beliau melakar kejayaan membanggakan apabila muncul juara keseluruhan bagi kategori P9 dan Novice. Untuk tahun ini, beliau juga akan berlumba di Malaysia Speed Festival (MSF) menggunakan Proton Inspira bersama Jusri Rusli.
K1 Exhaust Specialist terletak di No. 29, Tingkat Bawah, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Mereka juga mempunyai sebuah lagi cawangan di No. 7, Jalan Cempaka 28, Pusat Perniagaan Cempaka Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
Anda boleh layari Facebook ‘K1 Exhaust Specialist’ atau hubungi Ken (019-669 2451) / Nam (017-939 6686) untuk maklumat lanjut.
K1 Exhaust Specialist (Bandar Baru Bangi)
No.29, Ground Floor, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian,
Bandar Baru Bangi, 43650, Kajang, Selangor, Taman Kajang Impian,
43650 Kajang, Selangor
Whatsapp: 019-669 2451 (KEN)
K1 Exhaust Specialist (Senawang)
No.7, Jalan Cempaka 28,
Pusat Perniagaan Cempaka Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Whatsapp: 019-669 2451 (KEN) , 017-939 6686 (NAM)
FB:https://www.facebook.com/K1ExhaustSpecialist/