Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

DOLPHIN DARAT II

Saiful by Saiful
18/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Hari ini, istilah VTEC turbo bukan lagi asing selepas Honda mengambil keputusan untuk menggunakannya pada model produksi massa. Ikut trend semasa katanya. Ketika diumumkan ramai jugak yang menentang, bimbang jenama kesayangan mereka ini hilang identiti perangnya. Namun lepas berjaya dibuktikan, masing-masing mula akur dengan perubahan baru ini.

Itu cerita barisan model baru. Bagi peminat modifikasi Honda seperti Duan, mereka telah bereksperimen dengan enjin jenis ini jauh lebih dulu. Macam-macam contoh pernah ditunjukkan. Ada yang buat untuk tujuan perlumbaan, ada juga lebih santai untuk kegunaan di hujung minggu. Walau apa pun tujuannya, semangat untuk menghasilkan enjin luar biasa ini cukup mengkagumkan, hingga mampu mengejutkan jentera berkuasa turbo yang sebenar.

Civic EG6 Duan ini merupakan satu lagi contoh yang boleh kita teliti. Bermula dengan enjin B16B Type R sebagai asas, ia kemudian diperkukuhkan dengan kit stroker dari enjin B18C Type R. Unit piston bagaimanapun tidak diguna pakai, tapi digantikan dengan piston Wiseco 82mm. Beberapa komponen penting di bahagian kepala silinder juga telah dinaik taraf seperti penggunaan spring injap Buddyclub, retainer Skunk2, serta cam pulley boleh laras Skunk2.

Keupayaan sistem pendesak dijana oleh turbo Garrett GT30 yang elok mendongak di atas manifold turbo Tonnka. Disertakan juga sebuah wastegate Tial 38mm, untuk mengawal tekanan pada perumah turbo. Jumlah boost yang dihasilkan, seterusnya disejukkan oleh intercooler gedabak Skyline R34, yang tersembul di sebalik bumper depannya. Sebaik diterima masuk ke mulut throttle body Super90, lebihan boost yang tidak digunakan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas Tial.

Penyampaian bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, terus ke set injektor FIC berkapasiti 1050cc yang melekat kemas pada rel bahan api Works Engineering. Untuk pembakaran yang efisyen, kuasa letusan datang dari kabel pencucuh NGK R09. Memastikan perjalanan enjin ini sentiasa optimum, ia kini ditala sepenuhnya menggunakan unit ECU Hondata S300.

Sentapan roda depan dipacu kotak gear S80 yang diambil dari Integra DC2R. Sebelum boleh digunakan, ia telah dirombak semula untuk menempatkan ratio gear kustom, final drive 4.0, serta unit LSD full lock Cusco. Bagi mengelak masalah gelinciran ketika memecut, hantaran kuasa dibantu set klac plet berkembar dari Competition Clutch.

Dari segi kosmetik, sudut luaran nampaknya masih menggunakan kit badan asal. Disebabkan unit intercoolernya yang besor gedabak, sedikit potongan perlu dibuat di bahagian bumper depan. Ia kemudian diserikan dengan beberapa komponen tambahan seperti hood gentian karbon J’s Racing, spoiler Spoon, lip depan Spoon, skirt sisi Civic EK9, serta lampu belakang LED Depo. Paling menjolok mata penggunaan cermin sisi Bomex, yang kureng dipilih peminat VTEC tempatan.

Bagi memantapkan sektor pengendalian, sistem gantungan diserah kepada set suspensi boleh laras Tein Monoflex. Ia dimantapkan lagi dengan bush Energy Suspension, bar fender Cusco, bar anti-roll 22mm Integra DC2R, serta plet subframe belakang ASR. Memastikan ia mampu berhenti pada waktunya, sistem brek depan menggunakan kaliper 4-pot dari Spoon, yang digandingkan bersama rotor Project U SCR, serta pad brek dan hos braided Endless. Rim pulak jenis Volk Racing CE28 berukuran 16-inci, yang dipadankan bersama tayar Bridgestone Potenza RE71R dari saiz berbeza untuk depan dan belakang.

Sudut dalaman menerima salinan penuh komponen milik Civic EG6 94 Spec. Kira barulah sikit. Ini diikuti penggunaan tempat duduk Recaro SR4 Tomcat Blue di bahagian pemandu, stereng Nardi Torino, karpet Integra DC2R, pedal aloi Civic EK9, serta kolum stereng berlampu yang rare. Rangkaian gajet tambahan terdiri daripada pemasa enjin FET, butang penghidup Integra DC2R, lampu gear Pivot, DIN Defi, meter boost M7 Japan, meter suhu ekzos Sard, serta unit paparan Blitz Power Meter SJ.

Dah lama sangat Dolphin Darat ni berhenti rehat. Dulu bukan main ligat lagi lumba sana-sini. Naik podium pun banyak kali. Tapi lepas siap bikin semula, nak tekan 0.9-bar pun sayang. Faktor usia bekali…

 

Previous Post

PATIN EVO

Next Post

K1 EXHAUST SPECIALIST, PAKAR EKZOS ANDA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved