Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PELEPAPP PAP – ACIK KOSMETIK

Saiful by Saiful
18/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Baru dua isu lepas sebuah wagon dipilih sebagai paparan utama. Kali ni nampaknya wagon lagi. Kau dah kenapa Pak Maun, minat sangat ke? Minatlah jugak, lagi-lagi untuk model berprestasi seperti ini. Cuma duit jelah x ramai. Kalau ada BTC lebih-lebih, nanti baru citer…

Seperti yang pernah dibincangkan, pemilihan kereta berbentuk wagon bukanlah sesuatu yang popular di sini. Pilihan pun tak banyak. Kalau ada pun, biasanya kureng menarik atau terhad kepada model kelas atasan. Dalam kebanyakan kes, pemilik kereta akan terus melompat kepada MPV sekiranya mahu sebuah kereta lebih besar. Tu pasal Vellfire seken boleh jual macam pishang goreng panas.

Desas-desus tentang kereta ini telah sampai ke telinga gua sejak hujung tahun lalu. Dah siap katanya. Yang dimaksudkan model Lancer Evolution IX versi wagon milik Acik Kosmetik, yang payah benor nak jumpa kat mana-mana. Kenapa panggil Acik Kosmetik? Ada kena mengena ngan Abang Kosmetik terlajak laris ke? Lebih kuranglah. Cuma Acik ni pemalu orangnya, rambut pun sikat tepi. Apa lagi nak tunjuk projek rumah juta-juta…

Peningkatan terbesar berlaku di bahagian luar, yang kini lebih sado hasil penggunaan kit badan versi Voltex. Alah yang Cyber Evo / Sun Automobile pakai tuh. Sejujurnya memang ini yang paling menarik, untuk dipadankan pada Evo casis CT. Ia meliputi keseluruhan bumper depan dengan lip dan splitter gentian karbon, fender terlebih lebar, serta hood gentian karbon. Kemudian ada penutup lampu depan EGR, dua pasang canard, cermin sisi mickey RalliArt, termasuk skirt sisi dan fender belakang Voltex. Unit tailgate juga merupakan komponen gentian karbon sepenuhnya, diikuti tambahan diffuser dan spoiler gentian karbon juga dari Voltex. Nampak berselera sungguh, walaupun dipandang sepi makcik bawang, group cekuduk dan awek cendol…

Kereta ini tidak dilengkapi sistem pacuan Super AYC seperti model sedan. Pun begitu, tambahan berat 70kg yang dimiliknya masih memberi agihan berat yang sempurna ketika mengambil selekoh. Untuk membentuk karektor lebih mantop, sistem gantungan kini dilengkapi set suspensi boleh laras Tein Monoflex. Manakala brek Brembo yang sudah sedia baik terus dikekalkan seadanya. Memenuhi ruang roda adalah rim Volk Racing TE37 berukuran 18-inci, yang dibalut tayar extra lebar jenis Yokohama Advan Neova AD08R dari saiz 265/35R-18.

Evo IX Wagon dikuasakan oleh enjin lagenda 4G63T. Bagi model GT-A seperti ini, ia sebenarnya menggunakan enjin yang sama macam Evo VII GT-A. Kudukut betol, pedal klac pun tak bagi. Memandangkan ia tidak dibeli untuk menakluk Sepang, tidak banyak yang Acik usik, kecuali penggunaan penapis udara HKS pada ram udara Kansai, unit intercooler HKS yang lebih besar, binaan paip intercooler kustom serta injap pelepas HKS SSQV. Membolehkan ia berpelepap di hujung minggu, unit ECU kini menggunakan perisian Link G4 Plug-In, untuk penghasilan kuasa yang optimum.

Kereta ini memiliki komponen dalaman yang sama dengan Evo IX. Jimat duit, tak perlu keluar modal untuk tukar itu dan ini. Acik cuma menggantikan meter utama dengan meter RalliArt, serta rangkaian gajet tambahan seperti pemasa enjin dan pengawal boost Blitz, deretan meter Defi, termasuk unit paparan Defi ZD.

Dimaklumkan hanya 2500 unit sahaja Evo IX Wagon pernah dihasilkan, khusus untuk pasaran Jepun. Dari jumlah tersebut, tak sampai 10 darinya pernah mendarat secara sah di sini. Andai betul bagai dikata, memang bertuah kau Acik…

Previous Post

K1 EXHAUST SPECIALIST, PAKAR EKZOS ANDA

Next Post

EBBY CUSTOM

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved