Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KHAKI’S EVO

Saiful by Saiful
08/12/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

 

Jangan tukar siaran, kelip bijik mata pun jangan. Apa yang dipaparkan merupakan sebuah Wira jadian yang telah selamat menjalani proses modifikasi secara total. Yer, bukan casis Lancer Evo yang sebenar, sampai tertipu tertipah dibuatnya. Baru tadi ingat nak letak deposit.

Sedari dulu, pengubahsuaian seperti ini bukan lagi asing dan ia sentiasa mendapat tempat di hati peminatnya yang kental. Kebiasaannya cuit sikit-sikit, sebelum merebak menjadi wabak tak terkawal. Tapi Wira milik Nim ni, dibuat dalam tempoh yang singkat. Masa bila dia bikin pun tak perasan, tau-tau dah siap bagai.

Gaya luaran memang Evo abes, hasil salinan kit badan Evo III di segenap ruang. Bumper, fender, hood, pintu, cermin dan skirt sisi, kesemuanya menggunakan komponen milik Evo III. Begitu juga dengan salinan bahagian belakang yang lebih pendek, sebelum ditambah lampu belakang USDM, reflektor Automate, serta cermin sisi Ganador. Bagi menutup kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan, keseluruhan badan kereta telah mengenakan salah satu varian kaler desert khaki, yang semakin meningkat popular sejak akhir-akhir ini.

Bahagian roda menyaksikan penggunaan rim Enkei Tarmac, yang dibalut pada tayar Nitto NT01 bersaiz 215/45R-17. Memberi karektor pengendalian lebih baik, sistem gantungan kini dibantu set suspensi boleh laras Tein Super Street. Sementara kuasa hentian, datang dari kit brek Evo III untuk depan dan belakang.

Pakai enjin asal lagi ke? Dah tentulah tidak. Tersergam dalam perutnya adalah enjin 4G63T Evo III yang menerima sedikit peningkatan di bahagian dalaman. Antaranya penggunaan piston dan conrod Evo IX, galas enjin King Bearing, termasuk camshaft Duratech dan spring injap BC di bahagian kepala silinder.

Sistem pendesak bagaimanapun belum diusik. Belum ada masa katanya. Buat masa ini, hampir kesemuanya masih menggunakan komponen asal, kecuali tambahan injap pelepas HKS Racing. Kemudian ada penapis udara Trust Airinx, kabel pencucuh NGK R09, radiator aloi HKS, pam petrol Walbro, serta unit regulator Tomei. Membolehkan enjin ini bekerja pada tahap optimum, ia ditala menggunakan unit ECU RalliArt Evo IX, dengan fungsi tambahan yang lazat.

Pengubahsuaian bahagian belakang turut melibatkan separuh ruang lantainya. Alang-alang nak bikin, jadi keseluruhan sistem pacuan AWD Evo III telah dinaikkan. Memastikan hantaran kuasanya tidak tergelincir, bahagian kotak gear dilapik set klac dari Triniti.

Ruang dalaman juga menerima salinan komponen Evo III yang serba lengkap. Papan pemuka, konsul tengah, panel pintu dan tempat duduk, merupakan komponen wajib yang diperlukan. Ia turut diserikan dengan aksesori tambahan yang lain seperti meter utama RalliArt, stereng Momo RalliArt, tombol gear RalliArt dan karpet RalliArt. Aspek pemantauan pulak datang dari gugusan meter Defi, termasuk tambahan meter Blitz yang ditanam pada ruang sisi papan pemuka.

Kereta ini dibina atas maksud yang berbeza. Bukan kemaruk mengidam, sedangkan Evo betol pun ada kat rumah. Ia lebih kepada minat untuk menghasilkan sesuatu yang boleh memberi kepuasan diri…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Muhammad Tasnim (Nim)
  • Pengeluar – Proton
  • Model – Wira 1.6
  • Tahun – 1992
  • Enjin Asal – 4G92P
  • Modifikasi Enjin – 4G63T Evo III, piston & conrod Evo IX, galas enjin King Bearing, camshaft Duratech, spring injap BC, injap pelepas HKS Racing, penapis udara Trust Airinx, kabel pencucuh NGK R09, radiator aloi HKS, pam petrol Walbro, regulator Tomei, ECU RalliArt Evo IX
  • Transmisi – Pacuan AWD Evo III, set klac Triniti
  • Ekzos – Paip ekzos kustom, muffer HKS Hi Power Silent
  • Luaran – Kit badan Evo III, lampu belakang USDM, reflektor Automate, cermin sisi Ganador
  • Suspensi – Tein Super Street
  • Brek – Evo III
  • Rim & Tayar – Enkei Tarmac 17-inci & Nitto NT01 215/45R-17
  • Dalaman – Salinan komponen Evo III, meter utama RalliArt, stereng Momo RalliArt, tombol gear RalliArt, karpet RalliArt, meter Defi & Blitz
  • Bengkel – 199 Garage

 

Previous Post

SPOON PETIR

Next Post

BETTA KEVLAR

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved