Asalnya dibina sebagai sebuah kereta prototaip jualan kilang (Factory Sales Prototype) seperti yang diberitahu pemilik terkininya, ia diserahkan kepada pemilik pertamanya oleh Nissan Motor Corporation USA. Menurutnya lagi, ia sebahagian kereta yang didatangkan bersama Rodney Jacobs Aspen Colorado yang mana sebuah syarikat penerbilan, Freewheelin’ Films. Ia digunakan sebagai bahan promosi dan juga dokumentari untuk pengeluar kereta pada lewat 1970-an.
Kereta yang dibina untuk kempen Black Gold 1980, ia telah dikustomkan dengan cat serta garis-garis yang membantu Nissan memutuskan warna kombinasi yang sesuai untuk meraikan sambutan ulang tahun 280ZX Black Gold Edition. Seperti yang dapat dilihat, pasukan tersebut menghasilkan kombinasi warna yang berbeza, menjadikan ia satu-satunya kereta 280ZX tahun 1979 yang diwarnak dengan Black Pearl Metallic (kod warna 638) dan satu-satunya model dengan corak garis-garis.
Disebabkan itu sahaja, membuatkan kereta ini mempunyai penampilan menarik tetapi ada lagi beberapa perkara bersejarah yang perlu anda tahu; rim dan juga ekzos. Rim kustom dan juga ekzos Stebro yang juga dihadiahkan kepada Jacob tetapi kali ini oleh Bob Sharp yang juga pemilik dan pelumba Bob Sharp Racing.
Jika melihat usianya, keadaan kereta ini boleh dikatakan masih lagi elok dengan hanya catatan para odometernya 12,044km. Cat eksterior istimewa yang dilayangkan ke atas badan kereta ini masih lagi keadaan yang cukup bagus begitu juga keadaan interior. Bukan itu sahaja, bahagian bawah kereta ini juga tidak menunjukkan sebarang karat atau sebarang kerosakan.
Menurut portal Carscoops, kali terakhir kereta ini diservis adalah pada tahun 2018 dengan beberapa perubahan kecil dilakukan. Pada tahun 2015, kerja-kerja lebih serius dilakukan seperti clutch maste cylinder, pam minyak, fuel injector, brek belakang, radiator dan banyak lagi. Dikatakan, harga yang ditawarkan untuk kereta ini hampir menyamai sebuah Nissan Z baharu. Amboi!
Sumber : Carscoops