Spekulasi demi spekulasi diperkatakan tentang masa depan R8 yang dikatakan bakal menjadi sebuah kereta elektrik penuh. Bersesuaian dengan pelan perancangan perluasan elektrik dan sekali gus menjadikan ia sebuah jenama model ‘halo’ sebaik sahaja ia mula mengeluarkan EV bermula dari tahun 2026!
Buat masa ini, masih belum ada apa-apa spesifikasi teknikal tentang model tersebut yang diketahui umum. Bagaimana pun, portal Autocar mengatakan ia mungkin sekali berdasarkan platform SSP Sport di mana diusahakan Audi bersama Porsche yang bakal menggantikan kejuruteraan J1 pada Porsche Taycan dan Audi E-Tron GT.
Kemungkinan besar, Audi akan menggunakan platform kereta sport elektrik yang dibangunkan untuk Porsche Cayman dan Boxster bakal melihat barisan bateri diletakkan di belakang tempat duduk. Namun, persoalan tentang prestasinya masih belum berjawab di peringkat ini. Dikatakan, Audi mungkin akan memuatkan kereta keluarannya dengan sepasang motor elektrik.
Menurut Autocar lagi, Sebastian Grams dari Audi Sport mengatakan bahawa pengganti R8 yang merupakan sebuah kereta elektrik penuh tetapi ia masih lagi belum disahkan untuk pengeluaran. Menurutnya lagi, Audi sedang melihat pelbagai konsep yang berbeza dan semuanya mengarah kepada elektrik. Jika diberi pilihan, beliau mahukan ia sebuah sport car yang mempunyai hanya 2 pintu.
Sumber : carscoops